Di awangan…

Posted in citer apa? on October 31, 2011 by nisajay11

Berangan nak jadik novelis dah berkurun lama. Bukunya satu haper pun tak penah siap. Manjang tersekat di BAB 1 atau sebenarnya, di muka surat 1? Err.. ke sebenarnya di perenggan 1 ehh.. ker di baris 1? Hohohohorrorr aku neh…

Dulu saya pernah cuba tulis novel. Tapi, biasa laa.. tulisan remaja yang tak berapa nak berpengalaman dan lebih anganan. Jadi, hasilnya lebih kepada khayalan yang logikanya entah di mana. Dan bukti penulisan itu pun entah ke mana perginya sekarang.  :(

Sekarang, itulah dia.. Segala plot cerita cuma ada dalam kepala saja. Belum berjaya lagi diterjemahkan lagi dalam bentuk karya agung yang anggun. Seperti yang dinyatakan di atas. Tersekat di Bab 1 tak sudah-sudah.

Tapi, saya masih suka membaca novel. Cuma saya tak nak terlalu membiasakannya kerana akibat dari membaca itu adalah amat memudaratkan diri wanita berkerjaya bercakap macam saya.

Lambat tido = lambat bangun = lambat bersiap = lambat pergi keje = lewat log in = memberi kesan pada pms = boss marah = bonus sket  = kurang wang untuk dibelanjakan = tak dapat beli novel baru banyak2.

Kesan dari pembacaan yang melampau, saya sudah menjadi psikik. Berdasarkan bab 1, saya dah boleh agak apakah plot cerita tersebut dari bab 2 sampai tamat. Dan, semenjak 2 menjak 3 menjak dan bermenjak-menjak manjadi psikik novel melayu ini, saya dapat menyimpulkan bahawa kebanyakan penulis novel sekarang lebih banyak berangan daripada mengkaji = buat research = buat homework. Hasilnya, jalan cerita dan kesudahan ceritanya selalunya memang saaaaaaaaaaaaammmaaaaaaaaaaa sahaja. Bukan saja saya, mereka yang jarang2 baca novel pun dah boleh agak apa sudahnya cerita tersebut.

Salah satu plot cerita yang memang sangat femes di kalangan penulis sekarang ialah…

Kawen paksa / kawen kontrak – mula2 tak suka / saling membenci – tak tido bersama tapi sebenarnya suka – pastu pregnant – merajuk – pujuk2 – last2 bahagia. Tadaaa… Happy ending!

Satu lagi yang menjadi stereotype novel2 sekarang ialah nama hero dengan heroinnya. Masing2 tak nak kalah. Nama panjang dari pembaris. Bunyi berirama. Kadang2 bunyiknya dah macam pantun pun ada. Tapi, nama panggilannya cuma dua suku kata jer. Ye laa kan.. kalau tulis panjang2 nanti, tebal novel di sebabkan nama jer :) 

Kalau heroin, peminatnya punya laa berderet-deret. Semua karektor lelaki yang ada dalam tu gila kat dia. Macam dah tak ada karektor lain yang nak ditambah. 

Hadoiiyaiii… Sungguh sangat boooosannn… Kemon laa kawan2… Tolong berikan idea yang segarrrrr…

dan… atas sebab2 di atas..  untuk beberapa ketika….

Saya sudah berhenti beli novel2 baru.

Berlari ke langit

Posted in apa2 jerr... on October 17, 2011 by nisajay11

Yer.. dah nak masuk tahun 2012 pun. Lagi lebih kurang 2 bulan. Kejap jer kan.. ~sigh

Macam2 kisah yang sudah berlaku. Suka, tak suka, nangis, tak nangis, gelak, tak gelak, marah, tak marah, yang kawen, yang tak kawen2, yang dapat anak, yang hilang mak, yang dapat laki, yang dapat bini, yang mati laki, yang mati isteri, yang dapat bonus, yang berhenti keje, yang nak carik keje, yang tak jugak berhenti-henti keje, yang pindah rumah baru, yang dapat cuti, yang kena keje, yang tak nak keje tapi nak gaji….

Giler apa aku nak senaraikan semua.

Dipendekkan cerita.

Hidup tak setiap harinya indah. Tapi alangkah indahnya hidup kalau dapat menghabiskan usia bersama si dia yang saling menerima, memberi dan memahami.. seadanya K.I.T.A.

My Soulmate.. wujudkan kamu?

Biar laaa kan….

Posted in kenapa eh? on February 11, 2011 by nisajay11

Alamak aiii… tak sempat nak ‘update’ apa2 dlm bulan Jan 2011. Dah masuk Feb pun.. Haiishhh… Nak buat mcm pun kan..  Masa takkan boleh diundur…

“Hepi Year 2011″ untuk semua. Semoga tahun ini baik2 sahaja. Baru saya perasan yang tahun lepas, ‘post’ saya kat blog neh tak sampai 10  pun..  Sedeyy.. Saya mesti berubah tahun ini.. Semoga berjaya!

Mak saya suka bagi hadiah bila dah besar2 neh. Saya memang akan selalu ‘tacing’ kalau dpt hadiah dr emak sbb dulu kecik2 jarang dapat hadiah. Yang selalu dapat.. “kena marah” :P . Hadiah terkini yang mak bagi masa Awal Muharam dulu. Siap mak sorok2 terus masukkan dalam beg. Suruh tgk masa kemudian. Yerr.. Suspen jap.

Dalam kete, dengan penuh kesuspenan… saya tgk hadiah itu… “Petua Mendapat Pasangan”. OOoooo… OOoooo….. ada petua rupanyer… hehe. Terima kasih mak. Saya tahu mak risau dgn anak perempuan dia yang masih sendiri ini. Yerr.. saya bukan muda lagi walaupun muka dan perangai sentiasa nampak muda :D Mungkin saya juga selalu terlupa yang saya semakin jauh ditinggal masa hingga saya jadi tidak kisah… Hmm… biar laa kan….

Memilih? Tidak.

Cuma saya kadang2 sudah berputus asa dgn hal yang satu ini. Jodoh. Walaupun setiap kali pegi karaoke tak lupa nak nyanyi lagi wali ~ Cari jodoh  :D  Tapi, saya redha dgn apa ketentuan-Nya sbb jodoh itu tak boleh dipaksa…. Dan saya juga sudah penat….

Biar pun sepi & sendiri, janji saya tak kacau orang…

Hmmm… biar laa kan…

senyum :)

Posted in ada apa? on November 27, 2010 by nisajay11

Giler lama tak mem-blog. Nak masuk tahun 2011  pun tak lama lagi. Kehidupan masih sama. Tak ada apa2 yang berubah. Baik keje, rumah mahupun personal. Hmmm….. macam mana, eh…

OK, tak apa.. Mari kita teruskan kehidupan dengan apa yang kita ada dan bukan dengan apa yang kita tak ada.

Saya akan cuba untuk tidak mengabaikan blog ini…. :)

senyum laaa..

menanti subuh…

Posted in ada apa? on August 10, 2010 by nisajay11

sahur 1 Ramadhan pagi ini, hampir2 makan lauk jer – walaupun tak der lauk pun. Menunyer: gulai tempoyak daun yang dirampai2 - ikhsan dari kak eyna dan saya sempat goreng telur mata kerbau masak kicap sementara tunggu nasik masak. Resepi tradisi : Telur goreng + bawang + cili api + kicap = Perghhh… Pedas! Seperti kata mak saya, nampak Mekah (bila tergigit cili api).

Sepatutnya, nurul yang kena masak nasik itu sebab dia tidur lambat (cuti katanyer…) dan seperti yang saya duga, dia memang tak masak (lupa katanyer…) Maka, akak….. jugak… Nasib baik saya bangun agak awal – pukul 5.05 (kira awal laa tu). Nasib baik nasik itu sempat memasakkan dirinya. Dan nasib baik jugak imsak lambat.. Makan sambil tengok jam, setiap saat amat berharga.. 

Alhamdulillah… Tima kasih periuk nasik!

Saya cuba nak insafi diri tahun ini untuk bersahur setiap pagi kerana sahur sahaja yang dapat membezakan antara puasa orang Islam dengan yang bukan.

Owhh.. tahun ini 1 Ramadhan agak berbeza sebab ulangtahun kelahiran saya juga pada hari ini. Jadi, selamat hari lahir untuk diri saya sendiri… Semoga jadi wanita baik2.. sebaik namanyer… hehehe…

Mak kata, saya juga dilahirkan dalam bulan Ramadhan 32 tahun yang lalu… err.. tiga puluh dua? Yer.. terima laa hakikat yang umur semakin meningkat… Maka, tingkat2 kan jugalah amalan mulia tu yer… (nasihat untuk diri sendiri :D )

Subuh semakin meniti dinihari, biarkan saya berhenti di sini … :)

SEMOGA RAMADHAN KALIAN DIBERKATI ALLAH… dan selamat hari dijadikan untuk saya dan mereka yang berkongsi hari yang sama…

kalau boleh….

Posted in rasa hati on July 11, 2010 by nisajay11

+ saya nak berenti daripada keje yang saya buat skrg. Rasa nak buat keje yang lebih “outdoor”. Giler tertekan saya dok dalam opis mendengar suara2 yang menyesakkan telinga… Atau aku harus ke hutan, belok ke pantai?? 

+ saya nak round the world in 80 weeks… 80 days kejap sangat.. 80 months lama laa plak… 80 years?? tak logik.. :D Tapi, nak gi pusing2 dalam M’sia pun tak dapat2 lagi… adoiiiyaii…

+ saya nak jumpa Encik Betul saya dan seterusnya mempunyai keluarga sendiri.. Tapi, saya sudah semakin patah hati… Lelaki2 yang saya jumpa skrg ni samada sudah berkahwin, sudah bertunang, sudah mempunya kekasih hati, tidak mempunyai rasa yang sama atau pun tidak suka sama saya… jadi.. perlukan saya ada “back up plan”? Tapi, saya lebih kepada “spontaneous” drp “planner”… jadi… jadilah apa nak jadi…

+ saya nak kembali ke zaman kanak2 saya… saya benci jadik dewasa! Banyak perkara nak difikirkan. Banyak benda perlu diadakan. Banyak hutang yang nak dilangsaikan. Banyak perasaan yang harus dipendamkan. Dan semua itu saya harus lakukan sendirian….

+ saya nak tido..tido..tido..tido..dan tido. Supaya saya boleh terus bermimpi……….

 

~ s.e.p.i ~

Posted in rasa hati on June 30, 2010 by nisajay11

 

 

saya sangat sepi :(

Cinta itu sampai di situ…

Posted in oll skoll on June 29, 2010 by nisajay11

Kali terakhir saya suka matematik adalah ketika saya di penghujung usia kanak2… darjah 6. Saya sukakan semua matapelajaran memandangkan subjeknya pun bukannya banyak.. ye tak.. Yang masuk UPSR ada 3 subjek jer pun.. BM, BI & Matematik. Yang jadi 4 sebab BM tu ada 2 kertas.. Objektif & Karangan. Kalau tak, yang paling bijak pun akan dapat 3A dalam UPSR pada  zaman tu.. Hmm.. Sikit jer kan… :D

Masa darjah 6, yang ajar matematik adalah Guru Besar sendiri. Cikgu Zainal. Saya akan jadik sedikit emosi bila setiap kali teringat pada beliau  kerana beliau banyak membuatkan saya menjadi seorang pemikir yang cuba berfikir luar daripada kotak. Dan Matematik menjadi subjek yang wajib disukai kerana setiap hari sekolah, beliau tidak pernah lupa ‘hadiah’kan kerja sekolah yang perlu disiapkan di rumah. Bukan sikit yer kawan2.. sangat banya kalau nak dibuat oleh pelajar darjah enam yang banyak aktiviti seperti di bawah…

7 pagi – 1 t/hari = sekolah kebangsaan. 1 t/hari – 2 ptg = Siap2 nak gi sekolah agama. 2 ptg – 5/6 ptg = sekolah agama / kelas tambahan. 7ptg  sampai rumah. Mandi + solat + makan + tgk tv (sempat lagi??) + kerja sekolah lagi… .  Total = PENAT GILERR… masa dulu mak tak bagi tgk tv tapi curik2 tengok jugak.. konon2 perlahankan sore tv supaya mak tak dengar.. hairan jugak kenapa begitu degil yer sedangkan tak ada citer best pun.. :D

Berbalik kepada kerja sekolah Matematik yang perlu dibuat di rumah tadi…

Kena salin dari buku teks atau dari papan hitam. Bayangkan laa nak salin soalan tu jer pun dah makan masa. Menyalin lagi lama dari menjawab. Tak macam budak2 zaman sekarang, jawab jer soalan terus dari buku kerja. Dah diskaun masa untuk salin soalan.

Pagi esoknya, sessi memberi & mengira  jawapan betul & salah. Semua kena berdiri atas kerusi. Lepas tu GB akan tanya berapa salah. Salah 1, 1 rotan di tapak tangan yer adik2… Bayangkan kalau sehari 50 soalan sekurang-kurangnya. Bagi saya yang agak cerdik ini pun tak tahan nak menadah 1 sebatan - rotan beliau sgt halus - ini kan kawan2 yang tak berapa nak cerdik tu.. Kesian mereka sampai terpaksa menari hip hop atas kerusi. Tapi budak2 zaman sekarang, jgn disentuh yer kulit mereka yang halus mulus itu, ada pulak cikgu yang dapat surat saman nanti.

Walaupun masih terasa biratnya rotan di tapak tangan, tapi saya memang tak bodoh dalam Matematik pada masa itu. Saya dapat A dalam Matematik masa UPSR dan tak pernah dah dapat A lagi selepas2 itu. Baik di peperiksaan pertengahan atau akhir tahun masa sekolah menengah, mahupun PMR mahupun SPM mahupun tahun2 di UiTM… Sungguh sedih!

Jadi, cinta saya pada Matematik berakhir sehingga tamat darjah 6 saja. Selepas itu, saya terpaksa berpura-pura untuk menyintainya hanya kerana nak lulus peksa. Maafkan saya Matematik.. sesungguhnya cinta tak boleh dipaksa… hehe..

Al – Fatihah untuk Cikgu Zainal…

3 idiots is Brilliant!

Posted in citer apa? on June 26, 2010 by nisajay11

Sudah lama aku tak sesuka ini kat citer hindustan dan 3 idiots telah mengembalikan rasa suka itu selepas kuch kuch hota hai lebih kurang 1o tahun lepas…

Memang layak sangat2 menang best film dan saya akan tengok setiap kali diulang kat box opis….

Video di bawah untuk nina mali… :D

Enjoy…

ball is bola…

Posted in ada apa? on June 25, 2010 by nisajay11

Tak semua lelaki suka tengok bola dan tak semua pompuan tak suka tgk bola – maksud saya, tengok perlawanan bola.

Memandangkan piala dunia ni 4 tahun sekali, ia disambut meriah di seluruh dunia… ye laa.. nama pun piala DUNIA.. yer tak. Dan harus percaya bahawa saya memang suka pada sukan. maksud saya, tengok orang bersukan kerana itu akan membuatkan saya rasa bersemangat. Tidakkah kamu?

Apa yang best tengok piala dunia tahun ini…

1) Tumpang rasa world bila encik subkhiddin mohd salleh jadik satu2 nyer wakil malaysia kat padang walaupun bukan sebagai pemain.. Adakah beliau akan dapat anugerah dato’ nanti sebab mem’world’kan Malaysia?

2) Boleh tgk dalam definisi tinggi walaupun rumah saya tak ada tv hd – jadi saya hanya mampu tgk dlm imiginasi yang tinggi saja.. haha!

3) Pasukan kesukaan utama saya – brasil ada harapan agak cerah untuk jadi juara walaupun encik ronaldinho tidak lagi bermain.. owhh.. i miss u,  dinho…

Yang tak berapa nak bestnyer…

1) Encik dinho tak ada… (sila rujuk kembali kepada no.3 di atas)

2) Dah tak ada rakan sekepala nak tengok kat kedai mamaks…

3) Encik dinho tak ada… (err.. saya dah sebut ke yang ini???)

Yang sering menjadi tanda tanya pada saya (dengan perlawanan bola nih..)

1) Kenapa mesti ada pengiring kanak2 masa sessi mula2 masuk padang? Sorang satu pulak tu.. dapat duit tak agaknya? Dan adakah kanak2 yang sama setiap kali??

2) Berapa kalikah agaknya setiap pemain meludah di atas padang?  Hmm… patut laa rumput kat padang bola hijau berseri jer…

3) Adakah pengadil akan pening kalau pemain2 dari negara yang berbeza menjerit sesama mereka dalam bahasa mereka sendiri?? Bayangkan … Jepun vs Germany. Pengadil dari Brazil. perghhh… ONE WORLD lahh…

Gambar di atas: “ko apehalll???” kata #16 kepada #18. #18 jwb “ko laa yang apahalll??” #9 berkata “korang berdua jgn gado dekat2 ngan aku, blh tak?? aku migrain lerr…” – sambil guling2 atas padang.

Kemaskini terkini : Tetiba kasih saya mula berubah kepada Spain sebab mereka bermain sungguh hensem berbanding dengan Brasil tadi.. Kenapa bra? kenapa??? So,  lebiu laa Spain…

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.