Archive for April, 2009

s.u.n.d.ay

Posted in blablabla on April 26, 2009 by nisajay11

ia bermula dgn pagi ahad yg indah bersinar berseri seri. mengingatkan aku kepada satu lagu yg pernah nyanyi masa sekolah rendah dulu. masa darjah1? 2? 3? hmm.. 2 kot..

bunga matahari sangat cantik. kembang di waktu pagi. harum baunya, cantik warnanya (lirik yg ni aku tak sure, main belasah jerr…). memikat kumbang lalu…. (dan sekarang aku terus jadik konpius.. betul ke lagu nih??) ermm.. mungkin aku kena tanya cikgu muzik aku dulu…. (err.. cikgu apa eh nama nyer…)

k, sambung balik. bangun tido. mandi. siap2. pegi msn. ingat nak tgk kazen aku sorang ni lawan bola. tapi, memandangkan team dia dh kalah, terus gi giant kinrara. blanja budak2 lepas spm tu lunch. lepas lunch. aku terus balik. ingat nak jupe ’boss besar’ giant yg dah berbadan 2 tu kejap, tapi.. hampehhh. tak der rezeki nak jumpa nampak gayanya. hmm.. lantak dia laa..

Dan, skrg.. beradalah aku di cc sehinggalah ke detik ini. so, abiss citer sunday aku untuk minggu ini.

Sebenarnya aku tak laa cuti pada setiap sunday. kdg2 aku kena keje jugak. depends on the schedule. al maklum laa.. call centre. mana nak dpt keje opis hour. tapi, percaya atau tidak… aku suka keja waktu mcm ni. at least aku tak perlu ambik cuti masa weekdays. aku tak perlu sesak2 sgt nak gi keje di setiap hari keje. dan aku juga tak payah susah2 nak rebut2 balik keje.

petang. hujan. lebat. cc yg mmg dah sedia sejuk ni jadik makin sejuk. kalau nak ikutkan duration kat pc nih, dah 131 mins aku online. nak balik. bosan. hujan plak lagi. sms nina kalau2 dia nak melepak ngan aku kat kedai kopi jap lagi. kalau tak nak pun tak per.. boleh aku terus balik jer… balik?  ke nak gi k4? balik? k4 mesti ramai org hari ni.. balik? arghh… susah jugak nak buat keputusan nih…

nina. itu je teman yg paling dekat (secara geografi-nya) yang aku ada skrg. nasib baik dia nak lagi kawan ngan aku atau mungkin juga dia terpaksa sbb tak ada kawan lain.. hahaha! tapi, lantak laa… sama ada paksa atau rela.. at least, ada juga teman yang boleh memahami tapi perlu bicara dengan kata…

isk.. si nina ni.. tak reti2 pulak nak balik. lambat lagi laa tu…

hmm… kena laa aku balik dulu.

ta ta…

surat utk dura…

Posted in relatives n friends on April 23, 2009 by nisajay11

ke hadapan sohabatku puan dura yg kini berada di luar negara. apa khabar dirimu di sana? aku harap agar dirimu berbahagia dan selamat selalu di samping keluarga tercinta. buat diriku di sini… usahlah dikau bimbangkan kerana aku masih lagi berupaya menyedut oksigen spt biasa walaupun kadang2 terpaksa juga menyedut karbon monoksida. hmm… tercemar sungguh udara di ibu kota ini… uhukkk…uhukk… err… batuk plak…

dura, poskadmu sudah selamat ku terima semalam. sungguh gumbira rasanya hati ini apabila mendapat poskad dari obersea. maklum laa.. dah lama tak ada org kirim surat kepada diriku ini. surat terakhir yg aku terima dari obersea kalau tak silap aku ialah drp intan. itupun ntah berapa tahun yang lepas agaknyer. malas sungguh nak aku ingat kembali tahun bila agaknyer itu. lantak laa tahun berapa pun. bak kata pepatah, barang yang lepas usah di kenang… jadi, tak usahlah kita kenang2kan lagi…

oh ya.. bagi menjawab persoalan tentang acct tv satelite berbayar ko itu, akan aku maklumi dalam surat ku padamu nanti. sungguh tidal comel rasanyer untuk menceritakan tentang itu di sini. aku tidak mahu nanti semua org yang baca blog ini tahu apakah pekerjaan sebenar aku yg ala2 agen 007 ini. biarlah is menjadi misteri.

hmm… bagaimana rasanya hidup di negara omputih? adakah org di sana sumanya putih2? danial apa khabar? masih ingatkah dia pada untie nisanya yang sungguh kiut ini? kalau dia ingat, sampaikan pesan ku padanya agar dia tak lupa belikan aku beberapa souvenier dari sana. kalau tak satu, dapat 5 pun jadi laa…

dura.. nampaknya masa amat mencumbui ehh… silap.. mencemburui kiter. banyak sebenarnya perkara yg ingin aku ceritakan padamu tetapi aku merasa sungguh mengantuk sekali. aku harus pulang. jam sudah hampir pukul 2 pagi. esok aku kena kerja lagi. keje menjawab soklan manusia yg tak pernah tahu erti diam. dan… cc ini juga sudah semakin menakutkan aku…

semoga kita ketemu lagi di lembaran akan datang yer. pecah kaca, pecah gelas. sudah baca, harap balas.

akhir kata, sampaikan salamku kepada anakmu, emakmu, ayahmu, lakimu, dan jiran2 lelaki kamu yang single, ensem dan available.. kalau yang kaya pun boleh jugak laa.. (kat jiran tu yg paling penting sekali). take care!

sekian, terima kasih.

dengan ingatan tulus ikhlas lagi suci dan murni,

bila?

Posted in ada apa? on April 23, 2009 by nisajay11

hepp all!! whaddup?? lama giler tak update blog. bukan malas. cuma kurang berkesempatan jer.. ditambah2 dengan pc kat cc ni yg kadang2 sungguh menduga kesabaran… lembab!

apacer? selain dr hal2 keje yg kadang2 menyenakkan jiwa dan membenakkan ginjal.. begitu juga kisah2 jiwa luka aku yang tak berkesudahan… hidup aku masih diteruskan spt biasa. Penat! dan kadang2 give up… tapi demi percayanya aku pada “sesuatu yg berlaku itu ada hikmahnyer..” aku redha kan jerr….

skrg nih aku kat cc. kul 1.13am jam kat pc. percaya atau tidak, aku sorang jer wanita melayu terakhir kat dlm cc ni walaupun budak2 cina ni dok ckp cina ngan aku. kalau nak diikutkan logik, kawan2 aku yg lain mana ada dah pegi cc. nak layan tenet pun kat opis. tak pun kat rmh. time2 camni plak… aku bet most of them dah selamat tido kat rmh. paling kurang pun tgh tgk tv, or layan anak.. or layan laki…. err….

well.. bila laa gaknyer lifestyle aku ni nak berubah kan… bosan giler dah jadik lone ranger nih. kalau ada pun yg nak berkenalan, 95% drp lelaki2 tu adalah 1) tidak sincere 2) just wanna hv fun 3) nak wat direct selling/jual insurans n yg sewaktu dgnnyer… hehehe… come on laa man… i m looking for serious relationship.. what the #**@ are you guys looking for… damn it!

another 5%? err… just not compatible… sigh…

hmmm…. where are you mr right…. when u will show urself to me… pls don’t keep on hiding under the coconut shell… i m soooo tired waiting for u…