Archive for June, 2009

.kusut.serabut.serabai.

Posted in blablabla on June 24, 2009 by nisajay11

Apa maksud perkataan2 di atas?

= LOST.

Hari ni banyak buat silly mistakes time keje. Ntah hapa2 ntah. Otak tak boleh fokus maybe sbb asyik pk esok ngan lusa aku OFF. (macam laa ada xtvt menarik pun nak dibuat). Tak kisah laa kan.. janji tak payah dtg keje. Hehehe. Tak nak pk laa pasal kesilapan2 itu. Paling kurang pun kena return call or counselling jerr kalau kantoi. Paling lebih pun kena buang keje. Hohoho! Apa2 jer laa… KUSUT aku!

Esok konon pk nak kemas rumah. Walaupun tak ada perabot sgt nak dikemaskan di mana ianya sepatutnya jadi lebih mudah untuk dikemaskan. Tetapi kenapa makin nak dikemas, makin ia tak dapat dikemaskan? Malas? = Betul. Kenapa malas? = Tak ada motivasi. Kenapa tak bermotivasi? = Sbb pk tak der sapa nak dtg rmhku itu. Kenapa tak der org nak dtg? = Sbb aku tak ajak… Hahaha! SERABUT!

Tgh pk jugak biler laa agaknyer aku nak tukar wordrobe aku tuh. Rasanya dalam masa 6-7 tahun nih mcm sama jer benda2 yang ada di dalamyer. Jarang bertambah, apatah lagi bertukar. Kalau ada yang banyak ditambah pun, pakaian yang dalam2 jer. Sungguh berjimat cermat aku ini? Tapi, aku tak kisah sgt laa bab2 appearance diri buat masa ni. Belasah jer laa.. Janji aku pakai baju. Bak kata pepatah – just be yourself and i am trying to be myself. Myself yang agak SERABAI…

And … I am still LOST…

Aku. Dia. Dan… Cinta pertama.

Posted in hati kata.... on June 19, 2009 by nisajay11

Yerr.. macam tajuk novel. Kan best kalau hidup kiter nih cam novel kan… Tapi, realitinya pernah tak jumpa citer yang betul2 cam novel? Gadis miskin jupe lelaki kaya. Kawen. = happily ever after… Pernah jumpa? Pernah? Aku belum… Ada ker realiti camtu?

Well… Dia. Cinta pertama.

DIA.. boleh di consider kan as “cinta pertama”. Aku pernah citer pasal DIA dalam blog yg sudah2. Sapa rajin, carik laa yang mana… hehehe..

Kenapa tiba2 aku nak citer pasal DIA?

Sebab aku rasa aku memang tak boleh lupa langsung kat DIA. Hampir 10 tahun.. Aku masih ingat semuanya. Dari awal kenal sampai ke akhirnya DIA pergi.

Masih terasa patahnya hati ini hingga aku terus berhenti keje di tempat baru. Masih terkesan sepinya bila aku terus menjadi kosong dan sambung study kat Shah Alam. Yer… Semuanya kerana DIA.

Tapi, aku tak pernah salahkan DIA. Antara lelaki2 yang pernah hadir dalam hati, cuma DIA seorang saja yang aku benar2 dapat rasakan KEIKHLASAN & KEJUJURAN dalam relationship. Hanya  DIA seorang.

Baru2 ni, dengan ACCESS yang ada, aku carik DIA. Memang jumpa. DIA sorang saja yang  bernama DIA. Ambik masa lama jugak aku nak try contact balik. SEBAB?

1) Walaupun DIA tak pernah jemput aku. Tapi. aku pasti sangat2 yang DIA dah kawen. Jadik, aku tak nak menimbulkan rasa kurang manis kat wife DIA walaupun aku tak der niat langsung pun nak kacau rumahtangga DIA.

Ermmm.. tu je laa pun sebabnya.

Jadi, aku decide tak nak contact DIA. Biar lah semuanya berlalu. Berbulan lamanya aku cuba lupakan.

Tapi, dalam masa yang sama aku NAK sgt2 bercakap dengan DIA. Sampai aku boleh pk apa2 jer yang ada related dgn DIA adalah HINT untuk aku contact DIA (just a reason 4 me to feel better). Contoh yang terbaru = Masa tengah sembang ngan caller n check address dia, aku notice address caller aku tu sama ngan address DIA dulu. Address yang sering aku utuskan surat yang bersetem.

Hmm… Setelah penat berperang dengan diri sendiri. Dipendekkan cerita.

Akhirnya… Aku dapat bercakap dengan DIA.

DIA memang dah tak berapa nak ingat kat aku. SEDIH. Dan DIA memang dah kawen. Anak 2.

Tak tahu kenapa, masa sembang dengan DIA malam tu… Aku benar2 rasa jauh.

He is actually so NEAR but yet so FAR.

DIA. Memang cinta pertama aku. TAPI, aku BUKAN cinta pertama DIA.

AI, May you & your family live HappILY eVer After….

Sincerely,

Jujurnya…

Posted in ada apa? on June 13, 2009 by nisajay11

Secara jujurnya, aku dah lama tak baca surat khabar.. tgk berita kat tv..  baca brite kat intenet.. apatah lagi tengok melodi. (tgk melodi?)

So, kesimpulannya… aku boleh laa diibaratkan spt “katak di bawah kete beatles”.
(Kenapa beatles? Sukati aku laa.)

kalau kena ambik ujian bertulis kat SPA, sure fail.

KENAPA? kenapa aku tak baca surat khabar.. tgk brite kat tv, baca brite kat intenet atau tgk melodi?

Sebab… aku rasa apa yang kita baca tu tak semestnya betul. apa yang kiter dgr tak semuanya telus dan apa yg kiter tgk itu tak semuanya indah.

Realitinya memang payah untuk di terima.

Jadi, daripada aku sakit kepala dan resah jiwa memikirkan semua isu2 yang tak akan pernah selesai itu…

baik aku tido. haha!

Kenapa tido?

Sebab aku mengharapkan akan adanya mimpi2 indah yang boleh membuatkan aku lupa sekejap akan semua kisah2 luka.

Ta……pi.. mcm mana kalau dapat mimpi ngeri?

Basuh kaki, baca doa2 sebelum tido.

Itu pun tak tahu2 lagi ker… isk!

Good Nite & Sweet dreams!

Munajat cinta seorang Nisa…

Posted in hati kata.... on June 13, 2009 by nisajay11

Malam ini ku sendiri.

Tak ada yang menemani.

Seperti malam2 yang sudah2.

Hati ini selalu sepi.

Tak ada yang menghiasi.

Seperti cinta ini yang selalu pupus.

Tuhan kirimkanlan aku. Kekasih yang BAIK HATI. Yang mencintai aku apa adanya.

Mawar ini semakin layu.

Tak ada yang memiliki.

Seperti aku ini semakin pupus.

Tuhan kirimkanlah aku. Kekasih yang BAIK HATI. Yang mencintai aku apa adanya.

Ntah berapa kali agaknya aku dok dengar lagu nih sejak masuk CC.

Mungkin kalau aku nyanyi selalu2… ianya akan dikabulkan. Hehe….

Amin…

salahkan ku.. jgn salahkan ku…

Posted in kerja la.. lalala... on June 1, 2009 by nisajay11

apa tajuk  lagu bg lirik di atas?

jawapan : itu bukanlah soklannyer… haha!

lawak bodoh utk hari ini sbb ada cust kata aku bodoh+bangang tadik.

tapi, aku malas nak gado2 sbb aku tahu dialah yg sebenarnya begitu…

so.. biarkanlah dia dan kedegilannya dalam menerima hakikat kebodohannya itu…. hohoho!

kalau nak ikutkan ‘jiwa muda aku nih’ – (muda ker??) mmg nak jer berenti keje. tapi… demi bila mengingatkan yang aku ni mmg laa tak muda lagi… so, tabahkan jer laa hati ini… redah jerr…

walaupun…

1) mereka sering jerit2 mcm org histeria+meroyan kat telinga aku - bergegar gegendang telinga aku. 

2) mereka selalu kata nak masuk paper klu tak puas hati – mcm aku kisah. paper skrg org buat bungkus nasik lemak + pad jerr.. lepas baca, org biasanya akan lupa.

3) mereka suka membebel-bebel tak tentu pasal… mcm laa tahu semua benda. kalau pandai sgt… buat sendiri laaa….!!!

4) dan lain2 lagi…

sukati jer….