Di awangan…
Berangan nak jadik novelis dah berkurun lama. Bukunya satu haper pun tak penah siap. Manjang tersekat di BAB 1 atau sebenarnya, di muka surat 1? Err.. ke sebenarnya di perenggan 1 ehh.. ker di baris 1? Hohohohorrorr aku neh…
Dulu saya pernah cuba tulis novel. Tapi, biasa laa.. tulisan remaja yang tak berapa nak berpengalaman dan lebih anganan. Jadi, hasilnya lebih kepada khayalan yang logikanya entah di mana. Dan bukti penulisan itu pun entah ke mana perginya sekarang.
Sekarang, itulah dia.. Segala plot cerita cuma ada dalam kepala saja. Belum berjaya lagi diterjemahkan lagi dalam bentuk karya agung yang anggun. Seperti yang dinyatakan di atas. Tersekat di Bab 1 tak sudah-sudah.
Tapi, saya masih suka membaca novel. Cuma saya tak nak terlalu membiasakannya kerana akibat dari membaca itu adalah amat memudaratkan diri wanita berkerjaya bercakap macam saya.
Lambat tido = lambat bangun = lambat bersiap = lambat pergi keje = lewat log in = memberi kesan pada pms = boss marah = bonus sket = kurang wang untuk dibelanjakan = tak dapat beli novel baru banyak2.
Kesan dari pembacaan yang melampau, saya sudah menjadi psikik. Berdasarkan bab 1, saya dah boleh agak apakah plot cerita tersebut dari bab 2 sampai tamat. Dan, semenjak 2 menjak 3 menjak dan bermenjak-menjak manjadi psikik novel melayu ini, saya dapat menyimpulkan bahawa kebanyakan penulis novel sekarang lebih banyak berangan daripada mengkaji = buat research = buat homework. Hasilnya, jalan cerita dan kesudahan ceritanya selalunya memang saaaaaaaaaaaaammmaaaaaaaaaaa sahaja. Bukan saja saya, mereka yang jarang2 baca novel pun dah boleh agak apa sudahnya cerita tersebut.
Salah satu plot cerita yang memang sangat femes di kalangan penulis sekarang ialah…
Kawen paksa / kawen kontrak – mula2 tak suka / saling membenci – tak tido bersama tapi sebenarnya suka – pastu pregnant – merajuk – pujuk2 – last2 bahagia. Tadaaa… Happy ending!
Satu lagi yang menjadi stereotype novel2 sekarang ialah nama hero dengan heroinnya. Masing2 tak nak kalah. Nama panjang dari pembaris. Bunyi berirama. Kadang2 bunyiknya dah macam pantun pun ada. Tapi, nama panggilannya cuma dua suku kata jer. Ye laa kan.. kalau tulis panjang2 nanti, tebal novel di sebabkan nama jer :)
Kalau heroin, peminatnya punya laa berderet-deret. Semua karektor lelaki yang ada dalam tu gila kat dia. Macam dah tak ada karektor lain yang nak ditambah.
Hadoiiyaiii… Sungguh sangat boooosannn… Kemon laa kawan2… Tolong berikan idea yang segarrrrr…
dan… atas sebab2 di atas.. untuk beberapa ketika….
Saya sudah berhenti beli novel2 baru.


November 8, 2011 at 6:20 pm
Ending= “…sudah berhenti beli novel2 baru”
So… Awal tido = awal bangun = awal bersiap = awal pegi keje – awal log in = pms okay = boss happy = bonus banyak = banyak wang untuk dibelanjakan = x perlu beli novel = KAYA!!! Hehehe.
Hmm.. x perlu la beli novel, kak Nisa.. Sekarang banyak blog2 orang.. baca jak blog2 itu.. misti bnyk warna-warni dan pelbagai citer.. Jimat duit lagik.. =D
For me, this blog of yours lagikkkkkk menarik tertarik berbanding novel yang tebal2 itu.. So.. apa kata kak Nisa realisasikan laaa anganan kak Nisa yang di awangan itu menjadi kenyataan? =P
Mesti lagi best novel Kak Nisa coz kak Nisa wat homework and research. =D
November 29, 2011 at 3:45 pm
yer… mungkin kalau siap..mungkin novel hakak dah dipilemkan… haha.. yess.. berangan lagik…