Author Archive

saya rasa….

Posted in blablabla on November 7, 2009 by nisajay11

1. sungguh lama saya tak update blog saya ini sehinggakan saya terlupa yang saya ada blog..

2. sungguh gembira sebab dura & danial dah pulang ke tanah air. Tima kasih puan, di atas souvenier itu… :D

3. sungguh pilu mengenangkan keadaan Wa (adik nina) yg eksiden itu. Saya amat memahami perasaan & situasinya sbb saya pun penah eksiden & penah patah kaki.. Seksa woo…

4. sungguh teruja sbb malam semalam saya telah bermimpi yang saya telah bertunang dengan jejaka misteri. Saya tidak kenal jejaka itu, tetapi emaknya telah menyarungkan cincin pertunangan di jari saya ini. Dan… saya rasa…

5. sungguh malu-malu bila saya bangun dari tido, saya dapati tak der plak cincin itu di jari saya ini.. isk.. mainan tido sungguh mimpi itu…

6. sungguh menyampah dengan caller yang sungguh mengada-ngada. Kalau company tu, aku yang punya boleh laa aku bagi jer apa yang kamu mintak…

7. sungguh meluat dengan sebilangan manusia yang sungguh berlagak dengan pangkat dan kekayaan yang mereka ada di muka bumi ini. Tidak sedarkah meraka bahawa bila mati nanti, satu sen pun tak boleh bawak masuk kubur…

8. sungguh lapar sekali… *temir sungguh kejam kerani tanak teman saya lepak makan yong tau foo kat uptown”"

9. sungguh mengantuk juga….

10. sungguh keliru… sama ada saya patut rasa lapar atau mengantuk? Atau kedua-duanya sekali?

11. sungguh malas nak pegi keje esok hari. Err.. nasib baik esok saya OFF… hehehe..

 

err… lupa pulak….

Posted in ada apa? on October 1, 2009 by nisajay11

nak ucapkan…

SELAMAT HARI RAYA

&

MAAF ZAHIR BATIN

walaupun dah masuk 12 hari kiter berSyawal. maklum je laa.. rumah saya tak ada internet. Apatah lagi komputer riba mahupun komputer meja.

Alhamdulillah… bersyukur atas apa yang ada.

Aku tak faham….

Posted in blablabla on October 1, 2009 by nisajay11

kenapa…

+ ada orang yang tak reti2 flush toilet lepas melepaskan hajat mereka… terutamanya hajat yang ‘besar’. nak kata flush rosak cam toilet rumah aku, aku flush ok jer. siap blh flush 2-3 kali secara berturut-turut lagi..

+ ada orang yang fikir kete dia saja yang bayar cukai jalan, sampai bagi lampu tinggi kat kete depan untuk bagi laluan kat dia padahal masa tu tengah jam

+ ada orang kalau tak puas hati jer nak naikkan suara untuk mendapatkan apa yang dia nak. Dia tak pk ker dgn berbuat begitu, orang lagi malas nak layan?

+ ada orang yang pilih butang bahasa melayu tapi lepas lepas tuh bersusah payah nak speaking omputih? Adakah dengan berbahasa omputih itu mereka akan nampak lebih ‘dihormati’ dan boleh demand lebih?

+ harga ikan kembung yang kecik itu sampai rm3.50 seekor di kedai makan yang ada sebaris meja dan 20 kerusi itu?

+ aku tak reti2 lagi nak balik rumah… hehehe…

selamat malam!

Apacer…?

Posted in ada apa? on September 11, 2009 by nisajay11

Pada 09.09.09 yang lepas. Hepi besday to Temir N Sumi. Wherever u are… : )

Satu malam di Uptown Hawkers. Satu soalan dari Temir:

Ko tak nak carik pengganti ker?

Susah soalan tu sebenarnya. Secara jujurnya, aku tak ada jawapan yang tepat untuk itu.

Sememangnya aku sudah cukup rasa kecewa dengan past2 relationoship yang aku pernah ada. Walaupun aku terima mereka itu semua bukan jodoh aku, tapi pengalaman2 yang kurang membahagiakan itu cukup membuatkan aku kadang2 rasa sungguh bosan & mual dengan lelaki. Bunyiknya macam dah nak jadik lesbian plak. Haha!

Well.. no worries. Aku masih lurus. Jadik lesbian nanti Nabi tak mengaku umat. Nauzubillah…

Entahlah… Aku sungguh malas laa skrg nih. Penat!  Walaupun sendiri itu sepi tapi kadang2 sepi itu indah.

Kalau betul jodoh aku ada dan masih hidup di bumi ni, InsyaaAllah.. Suatu masa nanti, aku jumpalah dengan si Dia itu nanti.

Kalau tak…

Kita bertemu saja di Pintu Syurga… (Kalau layak laa pun nak sampai ke pintu itu… huhuhu…) 

Selamat Hari Nak Raya!

ada sesuatu…

Posted in hati kata.... on August 20, 2009 by nisajay11

Entah kenapa aku tiba-tiba merasakan

Satu ruang kosong yang amat sunyi

Seperti ada sesuatu 

Yang amat menganggu fikiran

dan mengusik perasaan yang muram

Kosong… terasa kehilangan & keseorangan

Kulihat di sekeliling ruang sempit ini

Sepi.

Yang ada cuma aku yang sendiri

Ku perlukan teman bicara

Teman berkongsi suka duka

Teman yang bisa memahami

Walau tanpa suara

Terasa sesak nafas menahan rasa

Bertanya aku pada hati

Kepada siapa harus ku kongsi

Rasa kosong ini

Dan aku sedari 

Cuma satu yang pasti

Hanya DIA MAHA memahami

Jiwa hambaNYA ini….

~Selamat Berpuasa Semua!~

p.e.r.g.i

Posted in kerja la.. lalala... on August 19, 2009 by nisajay11

CINTA. datang dan pergi. KAWAN. datang dan pergi. HIDUP. datang dan pergi.

Cici. Nama yang begitu catchy. Kalau ada sesiapa yang baca paper, mesti dah sedia maklum di atas perginya insan bernama Cici ini. Secara peribadi & sosialnya, aku tak berapa mengenali dia. Tetapi sebagai CSE yang pernah bekerja di floor yang sama, dan dia sebagai TM yang sering menjadi tempat untuk bertanya, menjadikannya seorang yang amat disenangi semua. Ketiadaanya pasti amat dirasai dan apa yang pasti, dia tak akan pernah dilupakan & akan selalu diingati oleh kami. 

Perginya tiba-tiba. Dua floor bagai terkedu dan lidah terkelu nak jwb call bila Isnin itu kami tahu tentang kehilangannya. Semua mengharapkan agar dia segera ditemui dalam keadaan yang selamat. Dan floor bertambah suram apabila kebimbangan itu menjadi pasti. Memandangkan aku tak keje Selasa semalam, aku kurang merasa pilu & sepinya saat itu. Tapi aku pasti, ALLAH masih mendengar doa hambaNya walau di mana pun kita berada. 

“Ya Allah, cucurilah Rahmat ke atas rohnya. Semoga dia ditempatkan di kalangan hambaMu yang soleh & beriman. Amin…”

May Allah Bless All of us,

13 Ogos 2009

Posted in kerja la.. lalala..., suatu masa on August 13, 2009 by nisajay11

2 hari selepas 11 Ogos 2009.

Rasa macam telebriti sekejap bila nak reply semua ucapan selamat kat FB. Terima kasih kepada mereka yang mengutusi ucapan-ucapan selamat itu. Masih ada rupanya yang mengingati diriku ini. huhu. Terharu sekejap. Hehehe..

Hari ni aku OFF. Begitu juga esok. Memang bahagia & aman rasanya dapat lari dari suara2 yang menghingarkan telinga ini. Kalau nak ikutkan tahap kebosanan kerja, memang bosan sebenarnya. Tapi, buat masa ni terpaksa laa kuredahi jua. Dah laa tadi Boss hantar e-mail pasal lateness. Nampaknya sehingga ke hari ini, akulah juara late comer dalam group aku. Nanti dapat laa aku surat kaunseling. Hmm.. ntah naper malas betul rasanyer nak datang keje semenjak 2 menjak nih. Walaupun kekadang tu bangun dah awal, tapi ngelamun plak terlebih. Dan ditambah pula dengan morning sickness… err… morning sickness??? 

Oppss… harap jangan salah faham. Morning sickness yang aku maksudkan di sini ialah kerana aku selalu rasa kurang sihat masa bangun tidur. Rasa macam dizzy… mual… loya… dan TIDAK! AKU TIDAK PREGNANT! Walaupun aku tahu itulah yang cuba disampaikan oleh doktor bila aku pergi klinik minggu lepas.

Kesimpulannya: Aku sebenarnya cuma angin sbb makan tak ikut masa.

Macam mana nak makan ikut masa? Jadual hidup pun tunggang langgang. Kalau ikutkan pemahaman aku, makan ikut masa itu ialah 5-6 kali sehari. Macam masa kat asrama dulu.

7 am : Breakfast kat dining hall

10.30 am : Break (rehat kat sekolah) kalau ada duit makan kat kantin. Kalau tak der, menapak gi dining hall – makan biskut kering.

1pm : Lunch kat dining hall

4pm : Tea Break kat dining hall lepas prep petang yang sungguh memengantukkan itu

8pm : Dinner kat dining hall

10pm : Supper lepas prep (supper provided ker?)

Sekarang ni, tak ada sapa nak jaga jadual pemakanan aku. Dah tua2 ni.. pandai2 laa nak hidup…

 

i m 13…

Posted in ada apa? on August 10, 2009 by nisajay11

…….. 18 years ago….

31 is just a number.. – cuba menafikan ketuaan usia. walau apa pun status aku di usia ini, aku redah jerr.. syukur aku masih diberi peluang utk terus bernafas di tengah kekalutan H1N1 nih.

aku sungguh2 mengantuk saat ini. mintak2 black out dah white in… – yerrr.. rumah aku black out lagik!

btw, hepi besday to me!

love u all!

straw+berries=strawberries?

Posted in while.... on August 1, 2009 by nisajay11

strawberries

hmm… aku rasa nak pindah Cameron Highlands laa… Any eligible+available+single+stable CH guys there??? :P

(which actually i’ve found one but…. he is a history)

err… kek strawberry cokelat yg jauh itu sedap jugak…. kan nina kan… :D


saya rindukan…

Posted in rasa hati on July 27, 2009 by nisajay11

1. sekolah tadika saya… dan pokok2 jambu di sekolah tadika itu

2. kawan2 di sekolah tadika saya yang hilang entah ke mana….

3. kehidupan di restoren sri benteng yg sungguh mengujakan…

4. rumah uwan kat panchang hill…

5. naik perahu masa banjir… dan melihat lintah2 bergayutan di perahu itu..

6. pegi memancing ikan lampan ngan ayah..

7. main masak2 ngan kazens.. masak kek pasir? pernah makan? sesuai dgn ungkapan “o… jadik ko nak masukkan pasir dlm periuk nasik aku!!!”

8. surau tempat mengaji kat kubur dan pokok2 jambu di situ yg sungguh sedap buahnyer.. tahu tak kenapa? hehe…

9. sawah padi yang sekangkang kera itu…

10. main sorok2… dulu senang jer nak menyorok kat mana2 pun…

11. arwah atuk hamzah ngan atuk jalil… :(

rindu-serindu-rindunyerrr….