Archive for the blablabla Category

saya rasa….

Posted in blablabla on November 7, 2009 by nisajay11

1. sungguh lama saya tak update blog saya ini sehinggakan saya terlupa yang saya ada blog..

2. sungguh gembira sebab dura & danial dah pulang ke tanah air. Tima kasih puan, di atas souvenier itu… :D

3. sungguh pilu mengenangkan keadaan Wa (adik nina) yg eksiden itu. Saya amat memahami perasaan & situasinya sbb saya pun penah eksiden & penah patah kaki.. Seksa woo…

4. sungguh teruja sbb malam semalam saya telah bermimpi yang saya telah bertunang dengan jejaka misteri. Saya tidak kenal jejaka itu, tetapi emaknya telah menyarungkan cincin pertunangan di jari saya ini. Dan… saya rasa…

5. sungguh malu-malu bila saya bangun dari tido, saya dapati tak der plak cincin itu di jari saya ini.. isk.. mainan tido sungguh mimpi itu…

6. sungguh menyampah dengan caller yang sungguh mengada-ngada. Kalau company tu, aku yang punya boleh laa aku bagi jer apa yang kamu mintak…

7. sungguh meluat dengan sebilangan manusia yang sungguh berlagak dengan pangkat dan kekayaan yang mereka ada di muka bumi ini. Tidak sedarkah meraka bahawa bila mati nanti, satu sen pun tak boleh bawak masuk kubur…

8. sungguh lapar sekali… *temir sungguh kejam kerani tanak teman saya lepak makan yong tau foo kat uptown”"

9. sungguh mengantuk juga….

10. sungguh keliru… sama ada saya patut rasa lapar atau mengantuk? Atau kedua-duanya sekali?

11. sungguh malas nak pegi keje esok hari. Err.. nasib baik esok saya OFF… hehehe..

 

Aku tak faham….

Posted in blablabla on October 1, 2009 by nisajay11

kenapa…

+ ada orang yang tak reti2 flush toilet lepas melepaskan hajat mereka… terutamanya hajat yang ‘besar’. nak kata flush rosak cam toilet rumah aku, aku flush ok jer. siap blh flush 2-3 kali secara berturut-turut lagi..

+ ada orang yang fikir kete dia saja yang bayar cukai jalan, sampai bagi lampu tinggi kat kete depan untuk bagi laluan kat dia padahal masa tu tengah jam

+ ada orang kalau tak puas hati jer nak naikkan suara untuk mendapatkan apa yang dia nak. Dia tak pk ker dgn berbuat begitu, orang lagi malas nak layan?

+ ada orang yang pilih butang bahasa melayu tapi lepas lepas tuh bersusah payah nak speaking omputih? Adakah dengan berbahasa omputih itu mereka akan nampak lebih ‘dihormati’ dan boleh demand lebih?

+ harga ikan kembung yang kecik itu sampai rm3.50 seekor di kedai makan yang ada sebaris meja dan 20 kerusi itu?

+ aku tak reti2 lagi nak balik rumah… hehehe…

selamat malam!

Black out!

Posted in blablabla on July 23, 2009 by nisajay11

Tgh tgk citer apa ntah kat tv, tetiba black out. - tak ingat tgk citer apa sbb aku tukar channel setiap 15 saat.

Baru nak pukul 8 mlm. 2 hari OFF. Tak gi mana pun. Nak kurangkan asap kat KL nih. – Hmm.. environmental friendly jugak aku nih.

Dalam ke-black-out-an itu, aku merancang agenda untuk keluar bersiar-siar  sbb dok kat rmh pun kena gigit ngan nyamuk jerr. Ditambah pulak dengan ketiadaan lilin - aku dah guna separuh lilin souvenier kawen nina tahun lepas. ada jugak gunanyer lilin tuh. Tima kasey nina! Kamu telah menerangi rumahku ini. Dan ditambah juga dengan kebisingan anak2 jiran yang berlari-lari macam malam hari raya deepavali dan mak2 jiran yang bersembang pasal tak dpt tgk drama kat tv dan bapak2 jiran yang tgh plan nak tido awal sbb mlm ni malam jumaat. - err… yg bab bapak tu aku agak jer laa..

Dalam aku mem-plan, nina call tepat pada masanya. Walaupun dia call aku tak jwb. Maka aku menge-call dia balik. So, setelah mengabiskan credit bersembang pasal nak hang out kat mana jap lagi, maka akhirnya kata sepakat membawa berkat.

Lokasi: BandarTua Kopi Putih, Sri Rampai. Sumbangan : NJ Corporation

Dalam perjalanan ambik mak buyung kat W Mel. Jalanraya agak sesak.  

Anggapan 1: Org ramai pegi pasar malam kat sri rampai.

Anggapan 2: Orang perpusu-pusu ke pasar malam sri rampai. (err… sama ke ngan anggapan 1 di atas?)

Anggapan 3 : Semua penduduk sec.10 yg rumah mereka black out seperti aku keluar rumah untuk melarikan diri daripada gigitan nyamuk?

Anggapan 4 : Errmmm.. mungkin ada rakaman forum perdana kat padang sekolah?

Anggapan 5 : J-Card Day!

Ciss… j-Card Day rupanyer… Apasal tak ajak aku?? Aku member J-Card gak! Sampai hati JJ lupakan aku spt kacang lupakan kulit. Aku baru pk nak tambahkan koleksi mata JJ-Card.

Err.. berbalik kpd xtvt buang masa & duit di kopi putih. Setelah penat bersembang pasal masa depan, aku pulangkan nina balik kepada keretanyer. Memandangkan esok aku masuk keje tengah hari dan takut menyesal klu balik nanti black out masih black out, aku mengambil keputusan nekad untuk ke CC.

Dan di CC inilah aku mula mem-black-out-kan apa yg aku type kat entry nih.

Sejuk laa pulak CC nih. Dan tetiba aku rasa nak wee-wee…  

GOOD NITE!

.kusut.serabut.serabai.

Posted in blablabla on June 24, 2009 by nisajay11

Apa maksud perkataan2 di atas?

= LOST.

Hari ni banyak buat silly mistakes time keje. Ntah hapa2 ntah. Otak tak boleh fokus maybe sbb asyik pk esok ngan lusa aku OFF. (macam laa ada xtvt menarik pun nak dibuat). Tak kisah laa kan.. janji tak payah dtg keje. Hehehe. Tak nak pk laa pasal kesilapan2 itu. Paling kurang pun kena return call or counselling jerr kalau kantoi. Paling lebih pun kena buang keje. Hohoho! Apa2 jer laa… KUSUT aku!

Esok konon pk nak kemas rumah. Walaupun tak ada perabot sgt nak dikemaskan di mana ianya sepatutnya jadi lebih mudah untuk dikemaskan. Tetapi kenapa makin nak dikemas, makin ia tak dapat dikemaskan? Malas? = Betul. Kenapa malas? = Tak ada motivasi. Kenapa tak bermotivasi? = Sbb pk tak der sapa nak dtg rmhku itu. Kenapa tak der org nak dtg? = Sbb aku tak ajak… Hahaha! SERABUT!

Tgh pk jugak biler laa agaknyer aku nak tukar wordrobe aku tuh. Rasanya dalam masa 6-7 tahun nih mcm sama jer benda2 yang ada di dalamyer. Jarang bertambah, apatah lagi bertukar. Kalau ada yang banyak ditambah pun, pakaian yang dalam2 jer. Sungguh berjimat cermat aku ini? Tapi, aku tak kisah sgt laa bab2 appearance diri buat masa ni. Belasah jer laa.. Janji aku pakai baju. Bak kata pepatah – just be yourself and i am trying to be myself. Myself yang agak SERABAI…

And … I am still LOST…

s.u.n.d.ay

Posted in blablabla on April 26, 2009 by nisajay11

ia bermula dgn pagi ahad yg indah bersinar berseri seri. mengingatkan aku kepada satu lagu yg pernah nyanyi masa sekolah rendah dulu. masa darjah1? 2? 3? hmm.. 2 kot..

bunga matahari sangat cantik. kembang di waktu pagi. harum baunya, cantik warnanya (lirik yg ni aku tak sure, main belasah jerr…). memikat kumbang lalu…. (dan sekarang aku terus jadik konpius.. betul ke lagu nih??) ermm.. mungkin aku kena tanya cikgu muzik aku dulu…. (err.. cikgu apa eh nama nyer…)

k, sambung balik. bangun tido. mandi. siap2. pegi msn. ingat nak tgk kazen aku sorang ni lawan bola. tapi, memandangkan team dia dh kalah, terus gi giant kinrara. blanja budak2 lepas spm tu lunch. lepas lunch. aku terus balik. ingat nak jupe ’boss besar’ giant yg dah berbadan 2 tu kejap, tapi.. hampehhh. tak der rezeki nak jumpa nampak gayanya. hmm.. lantak dia laa..

Dan, skrg.. beradalah aku di cc sehinggalah ke detik ini. so, abiss citer sunday aku untuk minggu ini.

Sebenarnya aku tak laa cuti pada setiap sunday. kdg2 aku kena keje jugak. depends on the schedule. al maklum laa.. call centre. mana nak dpt keje opis hour. tapi, percaya atau tidak… aku suka keja waktu mcm ni. at least aku tak perlu ambik cuti masa weekdays. aku tak perlu sesak2 sgt nak gi keje di setiap hari keje. dan aku juga tak payah susah2 nak rebut2 balik keje.

petang. hujan. lebat. cc yg mmg dah sedia sejuk ni jadik makin sejuk. kalau nak ikutkan duration kat pc nih, dah 131 mins aku online. nak balik. bosan. hujan plak lagi. sms nina kalau2 dia nak melepak ngan aku kat kedai kopi jap lagi. kalau tak nak pun tak per.. boleh aku terus balik jer… balik?  ke nak gi k4? balik? k4 mesti ramai org hari ni.. balik? arghh… susah jugak nak buat keputusan nih…

nina. itu je teman yg paling dekat (secara geografi-nya) yang aku ada skrg. nasib baik dia nak lagi kawan ngan aku atau mungkin juga dia terpaksa sbb tak ada kawan lain.. hahaha! tapi, lantak laa… sama ada paksa atau rela.. at least, ada juga teman yang boleh memahami tapi perlu bicara dengan kata…

isk.. si nina ni.. tak reti2 pulak nak balik. lambat lagi laa tu…

hmm… kena laa aku balik dulu.

ta ta…

Mak kata….

Posted in blablabla on November 20, 2008 by nisajay11

Mak kata, kalau pakai barang… pakai sampai habis.

Maksudnya, kalau beli barang tu… gunakanlah ia sampai ianya betul2 tak boleh digunakan lagi.

Contohnya, HP yang aku guna sekarang. SE 700i yang aku beli lebih kurang 2 tahun lepas. Masa beli tu memang laa rasa HP tu yang paling best sekali. Paling tip top… hip hop…

Aku masih pakai HP tu sampai skrg walaupun minyak sambal sardin dah masuk ke dalamnya. Walaupun ntah berapa kali jatuh. Walaupun battery dia cepat abis. Walaupun bunyinya dah kejap2 dengar, kejap2 hilang. Walaupun HP tu dah tak canggih lagi. Walaupun selalu kena keji ngan nurul sebab HP dia lagi best daripada HP aku.

Namun… demi menjadi anak yang mendengar kata, aku pakai juga HP itu. Sehinggalah………

Ntah kenapa sejak malam tadi cik HP dah mula buat perangai. Dia dah mula nak mogok. Tiba-tiba mempengsankan dirinya. Aku picit2, dia saja buat bodoh. Tak nak gerak2. Kenalah aku cabut battery dan pasang balik. Untuk beberapa ketika dia OK. Tapi lepas tu, buat perangai balik sehingga berkali-kali tanpa aku sempat kira berapa banyak kalinya. Hmm… merajuk ker?

Dan ketika aku menaip post ini pada jam 1800, dia masih menunjukkan waktu 1324. Hohoho! Betul2 cik HP ni kecik hati kat aku.

Lantaran itu…. perlukah aku beli HP baru?

“Makkkkk….. HP ni dah pakai sampai abisss dahhhhhh…………”

I am bored…..

Posted in blablabla on November 11, 2008 by nisajay11

I am bored……..

1- I want to go back. But my car is blocked by another car. I can’t ask the owner to remove it because the owner is in the meeting upstairs. I can’t interrupt the meeting because it might be a very inconvenient to them and also to me. And most probably it will be an issue later. Blablablabla…..

2 – I tried to sleep inside my car while waiting but then I become boringggg…. Why they take soooooooooooooooooo long to end the meeting? Its 8pm already.. Go back laa.. aiyooo….

3 – I entered my office back and switch on the PC.  I tried to kacau people in my YM list but no one bother to layan my boring day. In fact, none of them is online or maybe they are busy with their things. Whatever laa…

4 – I played BINGO at FB many times but I m not lucky today. I did not win any prize. Then I am bored again because I have to wait the right number to mark my BINGO card. It is so sloww!!! I want that Platinum prize. Damn it!

5 – So at last, I decide to write this blog. This might be my boring post ever because I have such a boring day for today.

I want to go back.