Yerr.. macam tajuk novel. Kan best kalau hidup kiter nih cam novel kan… Tapi, realitinya pernah tak jumpa citer yang betul2 cam novel? Gadis miskin jupe lelaki kaya. Kawen. = happily ever after… Pernah jumpa? Pernah? Aku belum… Ada ker realiti camtu?
Well… Dia. Cinta pertama.
DIA.. boleh di consider kan as “cinta pertama”. Aku pernah citer pasal DIA dalam blog yg sudah2. Sapa rajin, carik laa yang mana… hehehe..
Kenapa tiba2 aku nak citer pasal DIA?
Sebab aku rasa aku memang tak boleh lupa langsung kat DIA. Hampir 10 tahun.. Aku masih ingat semuanya. Dari awal kenal sampai ke akhirnya DIA pergi.
Masih terasa patahnya hati ini hingga aku terus berhenti keje di tempat baru. Masih terkesan sepinya bila aku terus menjadi kosong dan sambung study kat Shah Alam. Yer… Semuanya kerana DIA.
Tapi, aku tak pernah salahkan DIA. Antara lelaki2 yang pernah hadir dalam hati, cuma DIA seorang saja yang aku benar2 dapat rasakan KEIKHLASAN & KEJUJURAN dalam relationship. Hanya DIA seorang.
Baru2 ni, dengan ACCESS yang ada, aku carik DIA. Memang jumpa. DIA sorang saja yang bernama DIA. Ambik masa lama jugak aku nak try contact balik. SEBAB?
1) Walaupun DIA tak pernah jemput aku. Tapi. aku pasti sangat2 yang DIA dah kawen. Jadik, aku tak nak menimbulkan rasa kurang manis kat wife DIA walaupun aku tak der niat langsung pun nak kacau rumahtangga DIA.
Ermmm.. tu je laa pun sebabnya.
Jadi, aku decide tak nak contact DIA. Biar lah semuanya berlalu. Berbulan lamanya aku cuba lupakan.
Tapi, dalam masa yang sama aku NAK sgt2 bercakap dengan DIA. Sampai aku boleh pk apa2 jer yang ada related dgn DIA adalah HINT untuk aku contact DIA (just a reason 4 me to feel better). Contoh yang terbaru = Masa tengah sembang ngan caller n check address dia, aku notice address caller aku tu sama ngan address DIA dulu. Address yang sering aku utuskan surat yang bersetem.
Hmm… Setelah penat berperang dengan diri sendiri. Dipendekkan cerita.
Akhirnya… Aku dapat bercakap dengan DIA.
DIA memang dah tak berapa nak ingat kat aku. SEDIH. Dan DIA memang dah kawen. Anak 2.
Tak tahu kenapa, masa sembang dengan DIA malam tu… Aku benar2 rasa jauh.
He is actually so NEAR but yet so FAR.
DIA. Memang cinta pertama aku. TAPI, aku BUKAN cinta pertama DIA.
AI, May you & your family live HappILY eVer After….
Sincerely,
