Kehidupan rutin seorang CSE selepas berusaha sedaya upaya untuk log in on time adalah menunggu panggilan.
Hari ini, bermula jam 12 tengah hari yg lembab dan basah sbb hujan lebat - aku dok depan pc, tggu call masuk sambil planning dalam hati nak masak apa balik nanti. Adalah besarnya harapan aku (dan juga semua CSE yg keje) agar tak ramai org akan call walaupun aku tahu harapan itu sememangnya tak akan menjadi kenyataan (kalau takder org call, kami semua kena buang keje.. termasuk pak cik guard kat luar tu)
Masa berlalu agak lembab hari ini. Selembab cuaca kat luar. (Bagus jugak hujan hari nih, clear dah cermin kete aku.) 1,3,6,8 dan call seterusnya sehinggalah jam nak pukul 8 malam, aku dapat menjawabnya dgn sungguh bergaya sekali walaupun kadang2 aku tak pasti apa ke nama sebenarnya pemanggil2 itu sehinggalah aku terpaksa suruh mereka eja kan untuk aku.
Aku terus tumpukan konsentrasi walaupun Amir kat sebelah dah macam nak masukkan anak tekak nyer kat dlm headset sbb dpt caller yg tak reti bahasa melayu. Salleh plak dah macam lawyer kalah kes. Lagi 3 minit nak abih keje, tetiba dapat plak last call yg sedikit menguji keimanan dan kesabaran anak tekak.
Kes: Auto update. Solution: Biarkan jerr.. nanti ok laa balik dgn sediriknyer.
Tapi, pak cik tu tak puas hati sbb first time dia kata dia kena camtu. Dan dah lama katanyer.. (Ellehh.. baru 2-3minit pun..). Pastu mulalah dia complaint mcm2. Daripada bad svc sampailah nak untung jer dan sampailah kata gaji aku byk sebab company banyak untung. Aku rasa muka dah panas. Kalau tak pk kan “panggilan anda direkod” nak jer aku sound pak cik tu balik. Aku tak kisah kalau dia nak complaint sbb dia ada hak untuk complaint, tapi aku betul2 pantang 44 hari 44 malam bila org sebut pasal gaji2 nih. Macam nak mengata aku makan duit haram jer laa plak. Dan yang makin menambahkan peningkatan pendidihan darah tinggi aku ialah dengan terdengarnya suara2 sumbang bak siulan nyamuk betina nak bertelur sebagai background mengiringi bebelan pak cik itu tadi. Teka sapa? Tak lain tak bukan, mak cik yakni bini kepada pak cik itu. “elleh makcik, kalau berani, meh ckp direct laa…”
Malas nak gaduh sbb aku jugak yang akan dipersalahkan. Pak cik tu kata dia tak nak letak tepon sampai prob dia settle. Aku “yer”kan saja apa dia nak kata. Dia jadik bengang sebab aku tak nak melawan langsung ckp dia. Pastu aku kata “Pak cik… buang masa jer saya ckp dengan org yang tak reti nak hormat org lain! “ tapi dlm hati jer laa…
Beberapa minit selepas dia boring aku tak nak gaduh ngan dia, aku dgr sore pak cik tuh dh mcm ke-malu2-an bila prob tu settle dgn sendirinyer spt yg aku dah maklumkan pada dia awal2 tadi. (aku dh bgtau.. tak nak percaya!)
Sebagai CSE & rakyat Malaysia yg berbudi pekerti aku maafkan jugak pakcik & makcik yang tak berapa berpekerti itu di dalam hati manakala di luar hati aku kata kat pak cik tu, “saya minta maaf di atas kesulitan yg encik alami”
Yeaaa…. Balik! Esok cuti 2 hari! ZZZzzzzzzZZZzZZzZZzZZZzzzz…….
