ke hadapan sohabatku puan dura yg kini berada di luar negara. apa khabar dirimu di sana? aku harap agar dirimu berbahagia dan selamat selalu di samping keluarga tercinta. buat diriku di sini… usahlah dikau bimbangkan kerana aku masih lagi berupaya menyedut oksigen spt biasa walaupun kadang2 terpaksa juga menyedut karbon monoksida. hmm… tercemar sungguh udara di ibu kota ini… uhukkk…uhukk… err… batuk plak…
dura, poskadmu sudah selamat ku terima semalam. sungguh gumbira rasanya hati ini apabila mendapat poskad dari obersea. maklum laa.. dah lama tak ada org kirim surat kepada diriku ini. surat terakhir yg aku terima dari obersea kalau tak silap aku ialah drp intan. itupun ntah berapa tahun yang lepas agaknyer. malas sungguh nak aku ingat kembali tahun bila agaknyer itu. lantak laa tahun berapa pun. bak kata pepatah, barang yang lepas usah di kenang… jadi, tak usahlah kita kenang2kan lagi…
oh ya.. bagi menjawab persoalan tentang acct tv satelite berbayar ko itu, akan aku maklumi dalam surat ku padamu nanti. sungguh tidal comel rasanyer untuk menceritakan tentang itu di sini. aku tidak mahu nanti semua org yang baca blog ini tahu apakah pekerjaan sebenar aku yg ala2 agen 007 ini. biarlah is menjadi misteri.
hmm… bagaimana rasanya hidup di negara omputih? adakah org di sana sumanya putih2? danial apa khabar? masih ingatkah dia pada untie nisanya yang sungguh kiut ini? kalau dia ingat, sampaikan pesan ku padanya agar dia tak lupa belikan aku beberapa souvenier dari sana. kalau tak satu, dapat 5 pun jadi laa…
dura.. nampaknya masa amat mencumbui ehh… silap.. mencemburui kiter. banyak sebenarnya perkara yg ingin aku ceritakan padamu tetapi aku merasa sungguh mengantuk sekali. aku harus pulang. jam sudah hampir pukul 2 pagi. esok aku kena kerja lagi. keje menjawab soklan manusia yg tak pernah tahu erti diam. dan… cc ini juga sudah semakin menakutkan aku…
semoga kita ketemu lagi di lembaran akan datang yer. pecah kaca, pecah gelas. sudah baca, harap balas.
akhir kata, sampaikan salamku kepada anakmu, emakmu, ayahmu, lakimu, dan jiran2 lelaki kamu yang single, ensem dan available.. kalau yang kaya pun boleh jugak laa.. (kat jiran tu yg paling penting sekali). take care!
sekian, terima kasih.
