2 hari selepas 11 Ogos 2009.
Rasa macam telebriti sekejap bila nak reply semua ucapan selamat kat FB. Terima kasih kepada mereka yang mengutusi ucapan-ucapan selamat itu. Masih ada rupanya yang mengingati diriku ini. huhu. Terharu sekejap. Hehehe..
Hari ni aku OFF. Begitu juga esok. Memang bahagia & aman rasanya dapat lari dari suara2 yang menghingarkan telinga ini. Kalau nak ikutkan tahap kebosanan kerja, memang bosan sebenarnya. Tapi, buat masa ni terpaksa laa kuredahi jua. Dah laa tadi Boss hantar e-mail pasal lateness. Nampaknya sehingga ke hari ini, akulah juara late comer dalam group aku. Nanti dapat laa aku surat kaunseling. Hmm.. ntah naper malas betul rasanyer nak datang keje semenjak 2 menjak nih. Walaupun kekadang tu bangun dah awal, tapi ngelamun plak terlebih. Dan ditambah pula dengan morning sickness… err… morning sickness???
Oppss… harap jangan salah faham. Morning sickness yang aku maksudkan di sini ialah kerana aku selalu rasa kurang sihat masa bangun tidur. Rasa macam dizzy… mual… loya… dan TIDAK! AKU TIDAK PREGNANT! Walaupun aku tahu itulah yang cuba disampaikan oleh doktor bila aku pergi klinik minggu lepas.
Kesimpulannya: Aku sebenarnya cuma angin sbb makan tak ikut masa.
Macam mana nak makan ikut masa? Jadual hidup pun tunggang langgang. Kalau ikutkan pemahaman aku, makan ikut masa itu ialah 5-6 kali sehari. Macam masa kat asrama dulu.
7 am : Breakfast kat dining hall
10.30 am : Break (rehat kat sekolah) kalau ada duit makan kat kantin. Kalau tak der, menapak gi dining hall – makan biskut kering.
1pm : Lunch kat dining hall
4pm : Tea Break kat dining hall lepas prep petang yang sungguh memengantukkan itu
8pm : Dinner kat dining hall
10pm : Supper lepas prep (supper provided ker?)
Sekarang ni, tak ada sapa nak jaga jadual pemakanan aku. Dah tua2 ni.. pandai2 laa nak hidup…

