Yerr… Ziah (jika naziah ada membaca blog ini), aku adalah antara mereka yang sudi membuang masa dan ingin memenuhkan blog sendiri.
Complete these sentences:
- Bekas kekasih2 saya… semuanya sudah berkahwin dengan perempuan lain
- Saya sedang mendengar… bunyi jiwa saya yang sedang menjerit keBOSANan
- Mungkin saya patut… berhenti kerja dan duduk di rumah, belajar menjahit dan kemudiannya membuka kedai jahit
- Saya suka belajar… sesuatu yang saya tidak pernah belajar sebelum ini
- Sahabat baik saya… hampir semuanya sudah berkahwin
- Saya tak faham… bahasa german
- Saya kehilangan… banyak perkara dan benda dalam hidup saya. Terlalu panjang senarainya untuk ditaip di sini
- Ramai yang berkata… dan bertanya “bila kau nak kahwin?” dan jawapan saya “aku tengah tunggu jodoh aku turun dari Langit ke-7″ (err.. itu bukan tajuk lagu ker?)
- Makna nama saya… ‘sebaik-baik wanita’ … tapi saya tak berapa pasti sejauh mana baiknya saya ini
- Cinta itu… bukan untuk memiliki dan dimiliki
- Disuatu tempat bernama… Lubok China – Di situlah saya telah dilahirkan lebih kurang 30 tahun dahulu
- Saya akan cuba… untuk menyelesaikan semua tugas2 yang telah diwasiatkan kepada saya oleh boss saya sebelum dia pergi makan angin 2 minngu lepas
- Makna “selamanya”… ialah “sampai bila-bila pun walaupun dah mati dan sehingga dunia ini dah kiamat”
- Handphone saya… akan saya jaga seperti nyawa saya sendiri sebab saya tidak akan menukar HP baru sehingga ianya betul2 tidak boleh digunakan lagi (sila rujuk post saya yang lepas2)
- Saya paling meluat… bila tengok perempuan yang seksi-meksi (gbnm punya seksi) dan mengayakan aksi manja + gedik. Nak jer saya sepak2 b**t** mereka itu…
- Bila saya bangun dari tidur… saya akan pastikan sama ada saya patut pergi kerja atau tidak pada hari itu
- Party adalah… satu majlis yang tidak akan saya hadiri jika saya tidak mengenali tuan rumah/empunya acara
- Haiwan yang paling cute adalah… apa juga haiwan yang boleh tersenyum sambil menggayakan aksi nakal mereka
- Peringkat umur yang paling menyeronokkan adalah… bila kita hanya tahu bermain-main, panjat pokok jambu, pergi memancing dan makan saja (n at the same time… kene jaga adik?? )
- Hari ini saya rasa sangat tension… kerana hanya saya sahaja di dalam pejabat yang sepi ini dan perlu buat semua kerja yang ada..
- Malam ini saya akan cuba… untuk masak spaghetti sambil menonton drama Rona Roni Makaroni. Yerr.. saya suka tengok Sharifah Amani berlakon…
- Saya betul2 inginkan…percutian yang panjang tanpa sebarang gangguan..
- Bila tengok muka kat cermin pagi tadi… saya dapati cermin itu telah menipu saya dengan menampakkan diri saya sebagai seorang yang semakin meningkat berat badannya… huhuhu..
- Shopping kompleks… merupakan tempat yang saya paling malas nak pergi sebab selalunya saya tak akan dapat nak beli apa yang saya inginkan
- Makanan segera biasanya… akan saya elakkan untuk dibeli dan dimakan kerana kesemuanya begitu menggemukkan dan agak mahal jika dibandingkan dengan burger yang dijual di tepi jalan
- Ayat2 terakhir pada orang… “Please come again” kepada Sha yang datang ke opis untuk memfotokopi apa entah. (lebih kurang 20 minit yang lalu. Lepas tu aku tak ckp dengan sesapa dah sbb tak ada orang lain dalam office ni selain aku)
- Nak panjangkan tag ini? Silakan… kepada sesiapa yang rajin. Terutamanya dura n puan zairulliati mali aka nina. (aku tahu korang tak der keje nak buat kan? Kan? Kan? hehehe..)
