Tgh tgk citer apa ntah kat tv, tetiba black out. - tak ingat tgk citer apa sbb aku tukar channel setiap 15 saat.
Baru nak pukul 8 mlm. 2 hari OFF. Tak gi mana pun. Nak kurangkan asap kat KL nih. – Hmm.. environmental friendly jugak aku nih.
Dalam ke-black-out-an itu, aku merancang agenda untuk keluar bersiar-siar sbb dok kat rmh pun kena gigit ngan nyamuk jerr. Ditambah pulak dengan ketiadaan lilin - aku dah guna separuh lilin souvenier kawen nina tahun lepas. ada jugak gunanyer lilin tuh. Tima kasey nina! Kamu telah menerangi rumahku ini. Dan ditambah juga dengan kebisingan anak2 jiran yang berlari-lari macam malam hari raya deepavali dan mak2 jiran yang bersembang pasal tak dpt tgk drama kat tv dan bapak2 jiran yang tgh plan nak tido awal sbb mlm ni malam jumaat. - err… yg bab bapak tu aku agak jer laa..
Dalam aku mem-plan, nina call tepat pada masanya. Walaupun dia call aku tak jwb. Maka aku menge-call dia balik. So, setelah mengabiskan credit bersembang pasal nak hang out kat mana jap lagi, maka akhirnya kata sepakat membawa berkat.
Lokasi: BandarTua Kopi Putih, Sri Rampai. Sumbangan : NJ Corporation
Dalam perjalanan ambik mak buyung kat W Mel. Jalanraya agak sesak.
Anggapan 1: Org ramai pegi pasar malam kat sri rampai.
Anggapan 2: Orang perpusu-pusu ke pasar malam sri rampai. (err… sama ke ngan anggapan 1 di atas?)
Anggapan 3 : Semua penduduk sec.10 yg rumah mereka black out seperti aku keluar rumah untuk melarikan diri daripada gigitan nyamuk?
Anggapan 4 : Errmmm.. mungkin ada rakaman forum perdana kat padang sekolah?
Anggapan 5 : J-Card Day!
Ciss… j-Card Day rupanyer… Apasal tak ajak aku?? Aku member J-Card gak! Sampai hati JJ lupakan aku spt kacang lupakan kulit. Aku baru pk nak tambahkan koleksi mata JJ-Card.
Err.. berbalik kpd xtvt buang masa & duit di kopi putih. Setelah penat bersembang pasal masa depan, aku pulangkan nina balik kepada keretanyer. Memandangkan esok aku masuk keje tengah hari dan takut menyesal klu balik nanti black out masih black out, aku mengambil keputusan nekad untuk ke CC.
Dan di CC inilah aku mula mem-black-out-kan apa yg aku type kat entry nih.
Sejuk laa pulak CC nih. Dan tetiba aku rasa nak wee-wee…



