Rasa yang pelbagai

Standard

Nikah itu sunnah. Ya.. saya faham itu. Jika sudah sampai jodoh.. maka bernikahlah 2 umat manusia itu. Lelaki dan perempuan. Bukan lelaki dan lelaki walaupun yang seorang laki meyerupai perempuan. Bukan juga perempuan dan perempuan walaupun yang seorang lagi menyerupai lelaki. Memang ada dalam rukun nikah dan kalau nikah juga, tidaklah sah pernikahan itu adanya.

Saya bukan ilmuan yg bijak. Hanya insan biasa yang mempunyai jiwa yang sangat sensitif. Ada sekeping hati yang sangat “fragile”, menyimpan pelbagai rasa di sepanjang tempoh kehidupan yang agak rumit. Saya memilih untuk tidak merumitkan keadaan.

Yang nak bernikah itu dia. Siapalah saya untuk mengatakan JANGAN dengan pasangan yang dipilihnya. Jika dia rasa selesa… ya, teruskanlah. Siapalah saya untuk menghakimi baik buruknya manusia itu. Bila hatinya sudah setuju… ya, turutkanlah. Siapalah saya untuk menyuarakan sedikit pendapat yang tiada memberikan apa-apa makna.

Kerana…. rukun nikah itu tiada perlunya “kakak” untuk menjadikan ianya “sah”.

Ramadhan 1437 H

Standard

 

2 Ramadhan.

Lagi 6 hari adalah hari jadi saya – mengikut kalendar Hijrah – pada tahun 1398 H.

Sebelum saya menyambut hari kejadian itu, hari ini saya ingin mengucapkan dahulu “Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak”. Semoga amal ibadah kita diterima oleh Allah s.w.t.. Aamiin…

Azam saya Ramadhan tahun ini adalah untuk tidak pergi berbuka puasa di hotel2 atau tempat2 makan yg makdatukdatinmahalnyernakoiii!

Saya cuba. Jadi, harap2 saya akan dapat bertabah dalam melawan hawa nafsu yang selalu keliru di saat2 kita berusaha untuk melawan lapar dan dahaga.

Tapi, bagaimana jika kawan2 mengajak dan jika tak join nanti dikata tak sporting?

Persetankan ajakan itu dan cubalah untuk tidak membazir.

1 Ramadhan semalam.

Sudah kecoh dengan twitter seorang umat Islam yang bengangkan seorang bukan Muslim makan di tempat awam.

Yang mudah itu tak perlulah kita remeh-temehkan.

Makan itu adalah hak beliau. Mungkin beliau tidak sedar bahawasanya semalam sudah masuk 1 Ramadhan kerana beliau bukan seorang Muslim yang perlu berniat “sahaja aku puasa pada esok hari dalam bulan Ramadhan kerana Allah taala.

Umat yang bengang itu pula rasanya tidak perlulah sampai nak mengecohkan seantero  twitter tentang kejadian ini. Belum pernah lagi kita dengar orang bukan Muslim naik van jenazah sebab tak berpuasa di siang hari, melainkan muka dia nampak macam orang yang patut berpuasa kalau tak tengok kad pengenalan Malaysia.

Respect. 

Jika umat yang berpuasa itu merasakan umat yang satu lagi tidak menghormatinya, maka dia perlu lihat dalam air dan nampak bayang2. Campak satu batu, bayang pun hilang..

Renung2kan dan selamat beramal…

#Lagi 28 hari nak Raya.

 

 

 

 

 

Masa

Standard

Semakin jauh jarak usia melangkah, semakin banyak kenangan yang yang ditinggalkan. Masa takkan bisa diulang.

Waktu takkan mampu diputar.

Saatnya juga tidakkan boleh didentingkan kembali.

Yang tinggal hanya kenangan lalu yang pastinya akan pudar, seiring dengan sejauh mana kemampuan sel-sel otak berhubung untuk mengingati semula memori di dalam kepala.

Dan.. andai mesin masa itu benar wujud, pasti akan dihentikan masa itu ketika saat-saat remaja yang terindah.. ku bahagia….

 

PetunjukMu…

Standard

Sangat sibuk dengan urusan dunia. Sindrom ‘runaway’ datang lagi. Saya ingin lari menyembunyikan diri. Jelas betapa penakutnya saya untuk menghadapi cabaran yang mendatang.

Nak nangis. Dah nangis. Menangis.

Ya Allah… berikanlah kami petunjukMu…

A006

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

A007

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Al Fatihah. Ayat 6-7.

Minggu Lepas

Standard

OK laa… ok laa.. Kita kira sekali minggu lepas.

Setkan di minda kamu bahawa ini adalah post minggu lepas.

Rumusan tahun 2015 saya.

Semua “to do list” yang tertulis di dalam hati tak tercapai.

Kecuali satu yang tak masuk dalam list sebab yakin tak akan dapat (bukan dalam jangka masa terdekatlah).

ZIARAH.

Muslimin muslimat sekelian…

Peluang untuk ke sana bukanlah mudah untuk golongan marhaen macam kita ini. Menyedari kekurangan yang ada baik dari segi rohani, jasmani dan terutamanya money, saya memang tidak menyangaka bahawa Allah telah membuka pintuNya untuk menerima saya dan keluarga sebagai tetamuNya pada tahun itu.

Untuk mereka yang pertama kali ke sana seperti saya, ianya adalah satu pengalaman baru yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Untuk digambarkan dengan gambar juga adalah agak sukar sebab tak banyak gambar yang diambil😀

Tapi, apa yang pasti… dengan izinNya, saya akan  kembali ke sana lagi.

In shaa Allah… Amin…

Moral of the story : Sentiasa bersangka baik kepada Allah kerana Dia adalah Perancang yang Maha Hebat untuk kita.

Peserta Rombongan. Haa.. mana saya?

Sekian.