Raikan cinta?

Standard

Ada satu rancangan kawen2 di TV yang sungguh melampau. Melampau di sini bukanlah bermaksud sesuatu yang tidak senonoh. Tidak… tidak… Bukan melampau yang sebegitu. Ianya lebih kepada majlis yang amatlah gilang gemilang dan penuh dengan kemewahan yang membuatkan saya amat kagum dengan kekayaan mereka itu.

Semuanya perlu diambil kira dan sempurna. Baik dari dewan, make up, inai, decorations, baju, doorgifts, pelamin, kasut, dulang hantaran, alas dulang hantaran… belum kira lagi barang yang menjadi hantaran. Kalau dah rancangan masuk TV, takkanlah barangan kosmetik dari Avon jer pula kan.. 😛 

Fuhh.. besar belanja sebuah majlis perkahwinan kan.. Itu kalau sebuah, kalau campur majlis di sebelah lelaki lagi dan kadang2 untuk rakan2 niaga sahaja.. Dah jadi berbuah-buah… Takut untuk saya yang serba kekurangan ini nak membayangkan jumlah perbelanjaan tersebut. Mungkin mencapai ratusan ribuan ringgit?

Yer.. itu untuk mereka yang terlampau berkemampuan dan ayat2 pemanisnya ialah… “kahwin hanya sekali..”.  Untunglah bagi mereka yang mampu. Dan yang tidak berapa nak mampu tu, ambik yang wajib sajalah jawabnya. Tak apalah.. Janji dah halal.. 🙂

Saya memang belum pernah terlibat sebagai pengantin perempuan di dalam sebuah perkahwinan. Menjadi tukang kipas tu, pernahlah beberapa kali. Tukang pegang bunga manggar pernah jugak masa belum akil baligh. Masa itu rasa glamer teramat sangat sebab dalam kepala sibuk mengira berapa banyak muka saya masuk dalam ini gambar. Maklumlah zaman ambil gambar dengan kamera berfilem yang kena cuci2, bukan selalu dapat bergambar ria. Hmm.. mungkin sebab itu, gambar pada era sebelum wujudnya kamera digital lebih bernilai dan dihargai.

Eh.. melampau pula saya mengarut dan melalut tapi tidak mencarut. Cemburu ke saya? Tidak.. saya tidak cemburu. Apatah lagi dengki melulu. Minta dijauhkan perasaan sebegitu.

mosque

Dan.. berbalik kepada tajuk di atas, pada pendapat saya yang tidak berpendapatan tinggi ini ialah  :

walau sekaya dan semewah mana pun kamu, janganlah membazir. Bersederhana lebih indah 🙂

Tapi, cakap banyak pun tak ada makna sebab harta itu mereka yang punya. Sukati merekalah bagaimana hendak dibelanjakan.. ye tak? 

Semoga Allah memberkati kita semua…. Amin..

Advertisements

One response »

  1. saya setuju dengan anda…bagi saya raikan cinta itu majlis untuk menunjuk2 dan ingin buatkan orang lain berlumba2 untuk membuat perkahwinan gah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s