Monthly Archives: November 2018

Untuk Kamu

Standard

Terima kasih kepada satu-satunya pembaca blog saya Cik Pemimpi selain daripada budak Chemor yang tak berapa nak baca sangat tu 😛 Tapi, saya tetap mengikuti perkembangan dia dari jauh. Bagus budaknya. Post dia juga agak menarik walaupun dia juga adalah spesis yang tak rajin mana nak update 😀 Boleh cuba baca di Nina Chemor

OK. Berbalik kepada Cik Pemimpi ini tadi. Saya rasa amat terharu dan berterima kasih kepada beliau di atas kesudiannya membaca kisah2 mengarut + mengada saya di sini. Sesungguhnya, saya tidak mendambakan puluhan pembaca jika ada seorang dua yang setia membazirkan masa emas mereka di sini. Mungkin saya patut buat sessi “meet & great” dengan beliau. Ya, saya akan fikirkan dengan serius cadangan saya ini 😉

Dan.. untuk kamu, saya akan terus menulis di sini. Moga Allah izinkan…

TQ

Advertisements

Yang sudah itu, sudahlah…

Standard

Bila saya mengepost lebih daripada 1 kisah di hari yang sama, itu maknanya saya sedang berada di zon “jiwa kosong” atau mungkin ketidakseimbangan hormon sedang berevolusi dan berhalusinasi.

Saya terselak post-post lama yang ada di blog ini. Saya tersedar “owh… sudah sepuluh tahun sejak saya bermula.” Ini tidak termasuk post2 yang saya taip sepanjang era “friendster”. Dan bila saya baca semula apa yang ditaip ketika itu, saya ada sedikit kagum dengan diri sendiri kerana “owh… berbakat besar juga aku ini”. Haha!

OK. Itu sekadar kata2 semangat untuk diri sendiri.

Sebenarnya, saya ada sedikit malu bila baca kembali. “Apa kejadahnya aku taip macam tu?” dan ada antara perkara yang ditaip itu, saya sendiri sudah tak ingat apa maksudnya. dan kenapa begitu kejadiannya.Hmmm… ? – Emoji sedang berfikir –

Kadang2 otak kita memilih untuk melupakan apa yang tidak mahu kita ingati walaupun sebenarnya kita tidak pernah lupa tentang perkara itu. Sesekali ia akan menjentik sel2 otak yang ada kalanya sukar mentafsirkan apa yang tersirat dan tersurat. Kita seakan sudah terlupa seiring dengan masa dan usia. Lalu kita cuba jejaki perjalanan yang hilang dari laluannya. Dan jawapan yang menunggu selalunya bukanlah apa yang kita harapkan.

Biarkan…

Rumusan Kehidupan 2017 – 2018

Standard

Sudah lebih setahun saya tidak menaip apa-apa di sini. Pasti tiada siapa yang rindukan saya, bukan? Kerana ini hanyalah ruang untuk saya melepaskan sesuatu rasa yang terpendam, di mana secara tidak rasminya bukanlah untuk sumber bacaan umum. Di sini tempat saya menilai diri serta melatih otak dan jari supaya tidak terus menjadi kaku dan beku.

Pelbagai perkara telah berlaku dalam tempoh hampir 2 tahun ini. Selain daripada jumlah usia yang sudah bertukar angka depan yang baru, saya masih cuba mengingatkan diri sendiri agar tabiat juga perlu ditukar. Ini kerana saya merasakan saya masih lagi berada di usia 20-an. Hidup dengan hanya memikirkan untuk hari ini. Tiada perancangan untuk hari esok yang biasanya berakhir dengan rancangan tanpa pelaksanaan.

Saya sudah tidak berapa ingat apa perkara terbesar yang memberikan impak kepada kehidupan saya tahun lepas. Sekadar adik bertunang, sepupu berkahwin, berpindah tempat pusat komuniti, naik kapal terbang, pergi utara.. naik feri, pergi Langkawi, naik lif, pergi tingkat 5 – haha! Ni tak kelakar.

2018 lalu bermula seperti biasa dan menjadi agak beremosi di bulan April apabila kami kehilangan satu-satunya abang yang dikasihi. Saya cuba untuk untuk menulis tentangnya nanti bila saya berjaya mengawal pengeluaran air mata yang percuma.

Oh ya, kita sudah ada kerajaan baru setelah berpuluh tahun di bawah penaklukan kerajaan terdahulu.  Bagi saya yang baru mengundi 2 kali ini, tidak kisah di bawah pentadbiran mana pun kita ditadbir asalkan mereka memimpin kerana Allah dan rakyat. Jika 2 nawaitu ini ditetapkan seiring dengan apa yang termaktub di dalam Al Quran, saya yakin negara kita akan sentiasa dirahmati dan terus maju jaya. Kerana akhirnya, yang akan disoal di akhirat kelak adalah para pemimpin ini. Jadi, sewajarnya mereka perlu bijak memilih jenis2 pemimpin bagaimana yang mereka mahu jadi. OK, terasa macam memandai-mandai tunjuk pandai pula :p

Dan sekarang, sudah November. Lagi 53 hari, kita akan bertemu tahun 2019 Masihi. Untuk saya… sedang cuba untuk menghitung hari bila masanya saya akan meninggalkan jadual kehidupan yang tidak akan berkesudahan ini…