Rumusan Kehidupan 2017 – 2018

Standard

Sudah lebih setahun saya tidak menaip apa-apa di sini. Pasti tiada siapa yang rindukan saya, bukan? Kerana ini hanyalah ruang untuk saya melepaskan sesuatu rasa yang terpendam, di mana secara tidak rasminya bukanlah untuk sumber bacaan umum. Di sini tempat saya menilai diri serta melatih otak dan jari supaya tidak terus menjadi kaku dan beku.

Pelbagai perkara telah berlaku dalam tempoh hampir 2 tahun ini. Selain daripada jumlah usia yang sudah bertukar angka depan yang baru, saya masih cuba mengingatkan diri sendiri agar tabiat juga perlu ditukar. Ini kerana saya merasakan saya masih lagi berada di usia 20-an. Hidup dengan hanya memikirkan untuk hari ini. Tiada perancangan untuk hari esok yang biasanya berakhir dengan rancangan tanpa pelaksanaan.

Saya sudah tidak berapa ingat apa perkara terbesar yang memberikan impak kepada kehidupan saya tahun lepas. Sekadar adik bertunang, sepupu berkahwin, berpindah tempat pusat komuniti, naik kapal terbang, pergi utara.. naik feri, pergi Langkawi, naik lif, pergi tingkat 5 – haha! Ni tak kelakar.

2018 lalu bermula seperti biasa dan menjadi agak beremosi di bulan April apabila kami kehilangan satu-satunya abang yang dikasihi. Saya cuba untuk untuk menulis tentangnya nanti bila saya berjaya mengawal pengeluaran air mata yang percuma.

Oh ya, kita sudah ada kerajaan baru setelah berpuluh tahun di bawah penaklukan kerajaan terdahulu.  Bagi saya yang baru mengundi 2 kali ini, tidak kisah di bawah pentadbiran mana pun kita ditadbir asalkan mereka memimpin kerana Allah dan rakyat. Jika 2 nawaitu ini ditetapkan seiring dengan apa yang termaktub di dalam Al Quran, saya yakin negara kita akan sentiasa dirahmati dan terus maju jaya. Kerana akhirnya, yang akan disoal di akhirat kelak adalah para pemimpin ini. Jadi, sewajarnya mereka perlu bijak memilih jenis2 pemimpin bagaimana yang mereka mahu jadi. OK, terasa macam memandai-mandai tunjuk pandai pula :p

Dan sekarang, sudah November. Lagi 53 hari, kita akan bertemu tahun 2019 Masihi. Untuk saya… sedang cuba untuk menghitung hari bila masanya saya akan meninggalkan jadual kehidupan yang tidak akan berkesudahan ini…

Advertisements

One response »

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s