Category Archives: ada apa?

Rumusan Kehidupan 2017 – 2018

Standard

Sudah lebih setahun saya tidak menaip apa-apa di sini. Pasti tiada siapa yang rindukan saya, bukan? Kerana ini hanyalah ruang untuk saya melepaskan sesuatu rasa yang terpendam, di mana secara tidak rasminya bukanlah untuk sumber bacaan umum. Di sini tempat saya menilai diri serta melatih otak dan jari supaya tidak terus menjadi kaku dan beku.

Pelbagai perkara telah berlaku dalam tempoh hampir 2 tahun ini. Selain daripada jumlah usia yang sudah bertukar angka depan yang baru, saya masih cuba mengingatkan diri sendiri agar tabiat juga perlu ditukar. Ini kerana saya merasakan saya masih lagi berada di usia 20-an. Hidup dengan hanya memikirkan untuk hari ini. Tiada perancangan untuk hari esok yang biasanya berakhir dengan rancangan tanpa pelaksanaan.

Saya sudah tidak berapa ingat apa perkara terbesar yang memberikan impak kepada kehidupan saya tahun lepas. Sekadar adik bertunang, sepupu berkahwin, berpindah tempat pusat komuniti, naik kapal terbang, pergi utara.. naik feri, pergi Langkawi, naik lif, pergi tingkat 5 – haha! Ni tak kelakar.

2018 lalu bermula seperti biasa dan menjadi agak beremosi di bulan April apabila kami kehilangan satu-satunya abang yang dikasihi. Saya cuba untuk untuk menulis tentangnya nanti bila saya berjaya mengawal pengeluaran air mata yang percuma.

Oh ya, kita sudah ada kerajaan baru setelah berpuluh tahun di bawah penaklukan kerajaan terdahulu.  Bagi saya yang baru mengundi 2 kali ini, tidak kisah di bawah pentadbiran mana pun kita ditadbir asalkan mereka memimpin kerana Allah dan rakyat. Jika 2 nawaitu ini ditetapkan seiring dengan apa yang termaktub di dalam Al Quran, saya yakin negara kita akan sentiasa dirahmati dan terus maju jaya. Kerana akhirnya, yang akan disoal di akhirat kelak adalah para pemimpin ini. Jadi, sewajarnya mereka perlu bijak memilih jenis2 pemimpin bagaimana yang mereka mahu jadi. OK, terasa macam memandai-mandai tunjuk pandai pula :p

Dan sekarang, sudah November. Lagi 53 hari, kita akan bertemu tahun 2019 Masihi. Untuk saya… sedang cuba untuk menghitung hari bila masanya saya akan meninggalkan jadual kehidupan yang tidak akan berkesudahan ini…

Advertisements

“Move On”

Standard

Apa petandanya jika tiba2 perkara2 berikut berlaku pada kamu?

1. Klik pada icon instagram di hp, tetiba dia minta kamu ‘log in password’, sedangkan selalunya dia auto log in.

2. Dengan penuh rasa tanggungjawab dia bagitau kamu bahawasanya dia dengan penuh tertibnya telah me’reset’ password IG kamu tanpa bertanyakan persetujuan kamu, lalu dengan sopannya menjemput kamu ke akaun email yang sudah lama tak dapat ‘log in’ sebab dia juga memohon kamu me’reset’kata laluan yang baru.

3. Kamu cuba dengan sedaya upaya untuk mendapatkan kembali kata laluan tersebut dengan menghantar “code” ke alamat email lain yang juga sudah lama tidak dapat di’log in’ kerana “lupa kata laluan” – ya, sudah bertahun tahun lamanya…

4. Segala cubaan itu gagal dan kamu masih tidak berjaya untuk mendapatkan kata laluan baru untuk akaun IG kamu yg sudah beratus gambar dan berpuluh-puluh ‘like’itu.

5. Ini kerana kamu lupa lalu tidak berjaya untuk mengakses ke akaun2 email yang berkenaan.

6. Ringkasannya,

Nak ‘log in’ IG (kena reset kata laluan) ➡ Yahoo (lupa kata laluan – kena reset juga) ➡ Hotmail (lupa kata laluan – juga kena reset)

Kata kuncinya di sini ialah “lupa” dan “reset”.

Tindakan yg terbaik : PADAM aplikasi IG dan yg berkaitan dengannya.

Jangan bimbang, tiada siapa yang akan rindu pun kalau saya berhenti mengemaskinikan akaun IG saya.

Dan itu tandanya : Saya perlu mengemaskinikan amalan dan bekalan untuk ke sana…..

Ramadhan 1437 H

Standard

 

2 Ramadhan.

Lagi 6 hari adalah hari jadi saya – mengikut kalendar Hijrah – pada tahun 1398 H.

Sebelum saya menyambut hari kejadian itu, hari ini saya ingin mengucapkan dahulu “Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak”. Semoga amal ibadah kita diterima oleh Allah s.w.t.. Aamiin…

Azam saya Ramadhan tahun ini adalah untuk tidak pergi berbuka puasa di hotel2 atau tempat2 makan yg makdatukdatinmahalnyernakoiii!

Saya cuba. Jadi, harap2 saya akan dapat bertabah dalam melawan hawa nafsu yang selalu keliru di saat2 kita berusaha untuk melawan lapar dan dahaga.

Tapi, bagaimana jika kawan2 mengajak dan jika tak join nanti dikata tak sporting?

Persetankan ajakan itu dan cubalah untuk tidak membazir.

1 Ramadhan semalam.

Sudah kecoh dengan twitter seorang umat Islam yang bengangkan seorang bukan Muslim makan di tempat awam.

Yang mudah itu tak perlulah kita remeh-temehkan.

Makan itu adalah hak beliau. Mungkin beliau tidak sedar bahawasanya semalam sudah masuk 1 Ramadhan kerana beliau bukan seorang Muslim yang perlu berniat “sahaja aku puasa pada esok hari dalam bulan Ramadhan kerana Allah taala.

Umat yang bengang itu pula rasanya tidak perlulah sampai nak mengecohkan seantero  twitter tentang kejadian ini. Belum pernah lagi kita dengar orang bukan Muslim naik van jenazah sebab tak berpuasa di siang hari, melainkan muka dia nampak macam orang yang patut berpuasa kalau tak tengok kad pengenalan Malaysia.

Respect. 

Jika umat yang berpuasa itu merasakan umat yang satu lagi tidak menghormatinya, maka dia perlu lihat dalam air dan nampak bayang2. Campak satu batu, bayang pun hilang..

Renung2kan dan selamat beramal…

#Lagi 28 hari nak Raya.

 

 

 

 

 

Aku yang sekarang harap tak seperti dulu…

Standard

Copy & edit dari previous post 😛

Ini entry pertama saya untuk tahun 2015.

Seriusnyer… laptop saya dah ‘selamat’. Jadi, faham2 sajalah. Tapi, ini bukan bermakna saya dah ada laptop baru.

OK. Abaikan. Itu semua tak penting untuk dihuraikan.

Kesimpulannya, saya cuba sedaya-upaya untuk kembali.  Bukan untuk sesiapa… Hanya untuk diri sendiri…

Gambate Nisa-San!

OK. Di manakah perbezaannya dengan post yang sebelum ini? 😛

Masih seperti dulu. Alasan yang sama. Haiii laa manusia. Berjayakah kamu mengubah tahap kerajinan kamu tahun ini?

Doakan yang terbaik untuk diri sendiri… 🙂

Apapun 2014 meninggalkan banyak kisah duka untuk negaraku. Malas nak senaraikan sebab umum memang dah maklum apakah dia. Pada saya, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya kerana Allah maha mengetahui. Semoga kita semua berubah ke arah kebaikan dan berhenti daripada bersangka buruk walaupun ada sesetengah perkara itu sememangnya buruk.

Dan yang buruk itu datangnya dari kita sendiri….

theory*Sekadar TEORI semata-mata*

Hi tawan-tawan….

Standard

Ini entry pertama saya untuk tahun 2014.

Seriusnyer… laptop saya dah ‘selamat’. Jadi, faham2 sajalah. Tapi, ini bukan bermakna saya dah ada laptop baru.

OK. Abaikan. Itu semua tak penting untuk dihuraikan.

Kesimpulannya, saya cuba sedaya-upaya untuk kembali.  Bukan untuk sesiapa… Hanya untuk diri sendiri…

Gambate Nisa-San!

starfish

*I am the starfish a.k.a tapak sleman 😛

Oh tidak!

Standard

Kalau ikut sejarah mem’blogging saya, Ada Apa Dengan Nisa sudah wujud sejak tahun 2005, era Friendster. Ketika itu, saya memang mem’blog dari laman Friendster. Tahun 2007, saya mulakan blog baru di laman wordpress memandangkan blog di friendster agak membosankan dengan kekurangan ciri2 yang lebih ceria.

Dengan mengandaikan semua entry atau post saya takkan terpadam, saya membiarkan sahaja semua hasil karya agung saya yang terdahulu di situ. Pernah terniat untuk men’transfer‘kannya ke laman2 yang lain, namun… ianya tidak pernah berlaku kerana niat hanya sekadar niat.

Hasilnya…

Patut laa bila cuba nak link tadi, jawapannya ialah :

Oops! Google Chrome could not find nisajay.blogs.friendster.com

Hahaha! Padan muka saya.. Baru sekarang nak perasan semua ini. Memang tak dapek laa den nak nolong eh..

Hmm… mesti e-mail saya yang lapan tahun sekali baru log in itu tidak dapat berbuat apa2 memandangkan ia tidak diperdulikan lagi oleh tuannya yang sudah lupa diri + kata laluan ini.

Argghhhhh… tidakkkkk!!! ~hantuk kepala kat peti ais.