Category Archives: blablabla

Yang sudah itu, sudahlah…

Standard

Bila saya mengepost lebih daripada 1 kisah di hari yang sama, itu maknanya saya sedang berada di zon “jiwa kosong” atau mungkin ketidakseimbangan hormon sedang berevolusi dan berhalusinasi.

Saya terselak post-post lama yang ada di blog ini. Saya tersedar “owh… sudah sepuluh tahun sejak saya bermula.” Ini tidak termasuk post2 yang saya taip sepanjang era “friendster”. Dan bila saya baca semula apa yang ditaip ketika itu, saya ada sedikit kagum dengan diri sendiri kerana “owh… berbakat besar juga aku ini”. Haha!

OK. Itu sekadar kata2 semangat untuk diri sendiri.

Sebenarnya, saya ada sedikit malu bila baca kembali. “Apa kejadahnya aku taip macam tu?” dan ada antara perkara yang ditaip itu, saya sendiri sudah tak ingat apa maksudnya. dan kenapa begitu kejadiannya.Hmmm… ? – Emoji sedang berfikir –

Kadang2 otak kita memilih untuk melupakan apa yang tidak mahu kita ingati walaupun sebenarnya kita tidak pernah lupa tentang perkara itu. Sesekali ia akan menjentik sel2 otak yang ada kalanya sukar mentafsirkan apa yang tersirat dan tersurat. Kita seakan sudah terlupa seiring dengan masa dan usia. Lalu kita cuba jejaki perjalanan yang hilang dari laluannya. Dan jawapan yang menunggu selalunya bukanlah apa yang kita harapkan.

Biarkan…

Advertisements

My B, pergilah jauh2..

Standard

Sudah lama saya tidak diserang penyakit dan saya andaikan saya insan yang tidak berdosa kerana ungkapan yang sering didengari ialah “sakit itu penghapus dosa2 kecil”. O…Ooo… dosa2 kecil? Adakah bermakna dosa yang sedia ada itu ialah dosa2 besar? hmm… kena buat solat taubat ni. huhu.

Demam : masih boleh bertahan. Seleseme : Boleh lagi. Sakit Kepala : Errr.. boleh kot. Cirit birit : Ok.. boleh. Batuk : pun masih gagah. Batuk kong2 non stop hingga sakit dada, perut dan rangka + berkahak di tekak dan kadang2 disusuli dengan pembuangan air kecil secara kecil-kecilan serta diteruskan dengan semput secara minor.. : Sungguh tidak mampu bertahan. 

Air kosong : dah minum hampir 8 gelen (gelen ker gelas sepatutnya?). Ubat batuk : dah tonggang botol tu macam minum coke. Arahan di botol tulis, 3 kali sehari , 2 sudu (tak tanda plak sudu makan atau sudu teh). Arahan dari diri sendiri  : Minum sesuka hati, 1 senduk nasik.

Namun… batuk ini masih belum mahu berenggang dari saya. 

Owhh B, tolong laaa tinggalkan saya. Saya tak mampu untuk meneruskan hidup ini denganmu. Denganmu di sisi, saya tidak dapat menghadirkan diri ke mana2 majlis makan2 kerana saya dapat merasakan tetamu2 lain terpaksa menahan rasa terkejut mereka apabila mendengarkan bunyi kamu yang agak ganas itu lalu memandang serong sebanyak 45 ke 90 darjah kepada saya. Mungkin mereka risau virus2 dan bakteria berterbangan yang akan hinggap ke atas makanan2 yang sedap dilahap begitu sahaja. Senario sebegini akan membuatkan saya merasa tersisih lalu membawa diri ke kawasan yang bebas tetamu. Huhuhu.

Keranamu B, saya terpaksa mengatakan TIDAK untuk ke mana2 majlis makan2 pada hari ini. Sampai hatimu membuatkan saya tidak dapat makan percuma. Tahukah kamu yang apa jua bentuk percuma amat penting bagi penganggur hebat seperti saya?

Batuk. Sesak nafas. Minum ubat batuk sampai habis.

Nasib ler kalau tak terbangun esok untuk ke kenduri kawen. ZZzzzzZZZZ….

ada apa dengan zoo negara?

Standard

Upin & Ipin ada kat Zoo negara semalam. Memandangkan rumah aku ngan zoo tu sekangkang itik nila jer, kami (nina+afnan) pun bersantai-santaian menuju ke sana.

Sampai zoo dalam kul 4. Tak tahu laa pulak zoo tutup kul 5. Tak tahu laa pulak tiket masuknyer 25 hengget (+tmn rama +tmn serangga). 20 hengget kalau tgk menatang saja. Tak tahu laa plak tiket letak kete jer 4 hengget 20 sen sekali masuk (kenapa kena ada 20 sen itu?)

Jadi, dengan berbekalkan perasaan teruja nak jumpa upin dan ipin, aku masuk letak jer laa kete kat dalam kawasan letak kete itu. Nama pun tempat letak kete kan…

Dan keterujaan itu menjadi sedikit kemarahan bila maklumat terkini harga tiket dan waktu operasi itu hanya kami tahu di gerbang beli tiket. Takkan nak pusing zoo dalam masa tak sampai 1 jam jerrr.. Mana sempat dan beramah tamah ngan kawan2 lama?

Iskk… Kenapa laa kamu tak letak ‘banner’ kat depan2? Sebelum masuk ‘parking’ ? Sebelum aku ‘parking’ kete tak sampai 5 minit dan bayar 4 hengget 20 sen untuk itu? Kenapa yer… Mungkin ada istilah baru untuk itu : “once entered, considered paid!” !@#$%^&*()_!

Masa bayar parking sempat aku membebel kat minah jaga tiket tu.. Tapi, tak tahu ler dia faham ke tidak dan yang lebih penting, tak tahu laa dia dengar ke tak … hummppphhhh…

~ miss u giraffe ~

mimpi itu…

Standard

Ini janji saya nak ceritakan mimpi semalam.

yang bahagianya tentang mimpi itu.

Saya telah bertemu dengan Encik Betul saya. Kami telah berjanji temu dan dia betul2 ikhlas dengan saya. Dia telah membuatkan saya rasa diri ini amat dihargai. Saya rasa seakan pernah bertemu dia di luar alam mimpi tapi saya tak dapat  nak kenalpasti siapa dan di mana saya pernah bertemu dia.

hmm.. yang hampanya..

itu hanya sekadar mimpi semata-mata. huhu. Rasa nak nangis pun ada bila dah terjaga dari tido. 

Kemudian saya menganalisa mengapa adegan itu boleh disiarkan dalam mimpi tersebut.

+ saya baru menonton kisah cinta Korea yang sungguh comel = Coffee Prince. (untuk entah kali yang keberapa. saya sedikit obses dengan cerita itu. hehe).

Yerr.. itu sahaja alasannya…  😀

kak nigella owh kak nigella

Standard

Sapa kenal kak nigella? Nina mesti  dah senyum2 sambil berangan-angan balik nanti nak buat resepi salad ala2 kak nigella. Tak pun nak cuba buat kek coklat gemuk ala kak nigella (beria-ria pulak aku panggil dia KAK)

Kenapa aku suka tengok kak nigella masak? Sebab masakannya nampak sungguh mengghairahkan apatah lagi bila dia jugak yang bersungguh-sungguh makan hasil masakannya sambil memuji-muji kesedapan masakan sendiri.

Tapi kadang2 aku rasa sungguh mengada-ngada betul bila tengok cara akak ni memasak dan juga rancangan masakannya. Antara sebabnya:

1. Kalau nak potong cili api tu siap pakai sarung tangan sebab takut pijar agaknya. Yang tambah mengada-ngada tu sbb cilinya tak sampai 5 tangkai pun.

2. Bila nak potong sesetengah bahan tu, beria-ria nak guna pisau yang rupa macam perahu tu. Apa ke namanyer ntah. Padahal benda yang nak dipotong2 tu adalah 3-4 ketul jer.

3. Lepas tu sebelum rancangan tamat, mesti nak ada adegan makan makanan yang tak abis tu DALAM peti ais. Lepas tu nampak dia sungguh lapar sekali – padahal dia jugak yang makan lebih masa acara makan2 sebelum tu. 

(Aku saja kedengki sbb peti ais dia besar, boleh masuk makan kat DALAM. Dan aku juga cemburu dengan kelengkapan dapur dan barang2 dapurnya. Tidak ketinggalan, setor makanan keringnya yang ada semua jenis macam rempah ratus. Punya laa banyak stok dia – cukup sgt kalau nak buat kenduri cukur jambul)

Walaubagaimanapun kak nigella, kamu masak memang sedap! (Agaknya laa.. sebab aku tak pernah cuba pun resepi beliau :D)

pagi tadi….

Standard

apabila aku merenung diri sendiri di cermin, sungguh aku terperanjat melihat orang yang di cermin itu. aku kah itu? sungguh membesar bagai naib johan. (nina, jgn mengata diri sendiri) Sungguh huduh di pandang mata sendiri walaupun aku rabun. Yer…  nampak sungguh peningkatan yang amat ketara pada berat badan aku ini walaupun tanpa perlu pregnant. Ermm..  mungkin juga mengalahkan orang yang betul2 pregnant.

GEMUK! Satu perkataan yang amat menakutkan bagi kaum wanita mahupun lelaki mahupun separa wanita dan juga separa lelaki jika secara fizikalnya benar2 berlaku pada diri masing2. Dan aku benar2 jeles dengan mereka yang mampu mengekalkan berat badan IDEAL walaupun sudah berumahtangga, beranak pinak ataupun yang selalu makan mengalahkan seladang.

Jadi, adakah aku harus membiarkan saja lelemak itu terus bergayutan pada diri ini? Atau aku harus  melakukan sesuatu dengan seriusnya untuk menyahkan ia dari terus berumahtangga dan beranak pinak dan seterusnya bercucu cicit?

Lantas, aku mengambil keputusan yang amat drastik untuk membeli produk pelangsingan yang dikhabarkan sungguh berkesan itu. Selain daripada terpengaruh dgn iklan di akhbar yang bersungguh-sungguh mempromosikan buy 2 free 1, faedah UTAMA yang aku ingin perolehi di atas pembelian tunai itu ialah 11 keping setem untuk dikumpul bagi menebus ganjaran anak patung binatang di farmasi yang terkenal itu. (nina, setem kamu dah berapa?)

Jadi, marilah kita lihat keberkesanannya di masa akan datang. 

 *Temir, biggest loser challenge kiter start 1 Januari 2010, yer… jgn buat2 lupa plak.

*Nina, kamu nak join? (itupun kalau kamu rasa kamu layak laa untuk menyertai peraduan kurus dan menang ini :P)

 

saya rasa….

Standard

1. sungguh lama saya tak update blog saya ini sehinggakan saya terlupa yang saya ada blog..

2. sungguh gembira sebab dura & danial dah pulang ke tanah air. Tima kasih puan, di atas souvenier itu… 😀

3. sungguh pilu mengenangkan keadaan Wa (adik nina) yg eksiden itu. Saya amat memahami perasaan & situasinya sbb saya pun penah eksiden & penah patah kaki.. Seksa woo…

4. sungguh teruja sbb malam semalam saya telah bermimpi yang saya telah bertunang dengan jejaka misteri. Saya tidak kenal jejaka itu, tetapi emaknya telah menyarungkan cincin pertunangan di jari saya ini. Dan… saya rasa…

5. sungguh malu-malu bila saya bangun dari tido, saya dapati tak der plak cincin itu di jari saya ini.. isk.. mainan tido sungguh mimpi itu…

6. sungguh menyampah dengan caller yang sungguh mengada-ngada. Kalau company tu, aku yang punya boleh laa aku bagi jer apa yang kamu mintak…

7. sungguh meluat dengan sebilangan manusia yang sungguh berlagak dengan pangkat dan kekayaan yang mereka ada di muka bumi ini. Tidak sedarkah meraka bahawa bila mati nanti, satu sen pun tak boleh bawak masuk kubur…

8. sungguh lapar sekali… *temir sungguh kejam kerani tanak teman saya lepak makan yong tau foo kat uptown””

9. sungguh mengantuk juga….

10. sungguh keliru… sama ada saya patut rasa lapar atau mengantuk? Atau kedua-duanya sekali?

11. sungguh malas nak pegi keje esok hari. Err.. nasib baik esok saya OFF… hehehe..