Category Archives: citer apa?

Raikan cinta?

Standard

Ada satu rancangan kawen2 di TV yang sungguh melampau. Melampau di sini bukanlah bermaksud sesuatu yang tidak senonoh. Tidak… tidak… Bukan melampau yang sebegitu. Ianya lebih kepada majlis yang amatlah gilang gemilang dan penuh dengan kemewahan yang membuatkan saya amat kagum dengan kekayaan mereka itu.

Semuanya perlu diambil kira dan sempurna. Baik dari dewan, make up, inai, decorations, baju, doorgifts, pelamin, kasut, dulang hantaran, alas dulang hantaran… belum kira lagi barang yang menjadi hantaran. Kalau dah rancangan masuk TV, takkanlah barangan kosmetik dari Avon jer pula kan.. šŸ˜›Ā 

Fuhh.. besar belanja sebuah majlis perkahwinan kan.. Itu kalau sebuah, kalau campur majlis di sebelah lelaki lagi dan kadang2 untuk rakan2 niaga sahaja.. Dah jadi berbuah-buah… Takut untuk saya yang serba kekurangan ini nak membayangkan jumlah perbelanjaan tersebut. Mungkin mencapai ratusan ribuan ringgit?

Yer.. itu untuk mereka yang terlampau berkemampuan dan ayat2 pemanisnya ialah… “kahwin hanya sekali..”. Ā Untunglah bagi mereka yang mampu. Dan yang tidak berapa nak mampu tu, ambik yang wajib sajalah jawabnya. Tak apalah.. Janji dah halal.. šŸ™‚

Saya memang belum pernah terlibat sebagai pengantin perempuan di dalam sebuah perkahwinan. Menjadi tukang kipas tu, pernahlah beberapa kali. Tukang pegang bunga manggar pernah jugak masa belum akil baligh. Masa itu rasa glamer teramat sangat sebab dalam kepala sibuk mengira berapa banyak muka saya masuk dalam ini gambar. Maklumlah zaman ambil gambar dengan kamera berfilem yang kena cuci2, bukan selalu dapat bergambar ria. Hmm.. mungkin sebab itu, gambar pada era sebelum wujudnya kamera digital lebih bernilai dan dihargai.

Eh.. melampau pula saya mengarut dan melalut tapi tidak mencarut. Cemburu ke saya? Tidak.. saya tidak cemburu. Apatah lagi dengki melulu. Minta dijauhkan perasaan sebegitu.

mosque

Dan.. berbalik kepada tajuk di atas, pada pendapat saya yang tidak berpendapatan tinggi ini ialah Ā :

walau sekaya dan semewah mana pun kamu, janganlah membazir. Bersederhana lebih indah šŸ™‚

Tapi, cakap banyak pun tak ada makna sebab harta itu mereka yang punya. Sukati merekalah bagaimana hendak dibelanjakan.. ye tak?Ā 

Semoga Allah memberkati kita semua…. Amin..

Advertisements

Di awangan…

Standard

Berangan nak jadik novelis dah berkurun lama. Bukunya satu haper pun tak penah siap. Manjang tersekat di BAB 1 atau sebenarnya, di muka surat 1? Err.. ke sebenarnya di perenggan 1 ehh.. ker di baris 1? Hohohohorrorr aku neh…

Dulu saya pernah cuba tulis novel. Tapi, biasa laa.. tulisan remaja yang tak berapa nak berpengalaman dan lebih anganan. Jadi, hasilnya lebih kepada khayalan yang logikanya entah di mana. Dan bukti penulisan itu pun entah ke mana perginya sekarang.Ā  šŸ˜¦

Sekarang, itulah dia.. Segala plot cerita cuma ada dalam kepala saja. Belum berjaya diterjemahkan lagi dalam bentuk karya agung yang anggun. Seperti yang dinyatakan di atas. Tersekat di Bab 1 tak sudah-sudah.

Tapi, saya masih suka membaca novel. Cuma saya tak nak terlalu membiasakannya kerana akibat dari membaca itu adalah amat memudaratkan diri wanita berkerjaya bercakap macam saya.

Lambat tido = lambat bangun = lambat bersiap = lambat pergi keje = lewat log in = memberi kesan pada pms = boss marah = bonus sketĀ  = kurang wang untuk dibelanjakan = tak dapat beli novel baru banyak2.

Kesan dari pembacaan yang melampau, saya sudah menjadi psikik. Berdasarkan bab 1, saya dah boleh agak apakah plot cerita tersebut dari bab 2 sampai tamat.Ā Dan, semenjak 2 menjak 3 menjak dan bermenjak-menjak manjadi psikik novel melayu ini, saya dapat menyimpulkan bahawa kebanyakan penulis novel sekarang lebih banyak berangan daripada mengkajiĀ = buat researchĀ = buat homework. Hasilnya, jalan cerita danĀ kesudahan ceritanya selalunya memang saaaaaaaaaaaaammmaaaaaaaaaaa sahaja. Bukan saja saya, mereka yang jarang2Ā baca novel pun dah boleh agak apa sudahnya cerita tersebut.

Salah satu plot cerita yang memang sangat femes di kalangan penulis sekarang ialah…

Kawen paksa / kawen kontrak – mula2Ā tak suka / saling membenci – tak tido bersama tapi sebenarnya suka – pastu pregnant – merajuk – pujuk2 – last2 bahagia. Tadaaa… Happy ending!

Satu lagi yang menjadi stereotype novel2 sekarangĀ ialah nama hero dengan heroinnya. Masing2 tak nak kalah. Nama panjang dari pembaris. Bunyi berirama. Kadang2 bunyiknya dah macam pantun pun ada.Ā Tapi, namaĀ panggilannya cumaĀ dua suku kata jer. Ye laa kan.. kalau tulis panjang2 nanti, tebal novel di sebabkan nama jerĀ šŸ™‚Ā 

Kalau heroin, peminatnya punya laa berderet-deret. Semua karektor lelaki yang ada dalamĀ tuĀ gila kat dia. Macam dah tak ada karektorĀ lain yang nak ditambah.Ā 

Hadoiiyaiii… Sungguh sangat boooosannn… Kemon laa kawan2… Tolong berikan idea yang segarrrrr…

dan… atas sebab2 di atas..Ā Ā untuk beberapa ketika….

Saya sudah berhenti beli novel2 baru.

3 idiots is Brilliant!

Standard

Sudah lama aku tak sesuka ini kat citer hindustan dan 3 idiots telah mengembalikan rasa suka itu selepas kuch kuch hota hai lebih kurang 1o tahun lepas…

Memang layak sangat2 menang best film dan saya akan tengok setiap kali diulang kat box opis….

Video di bawah untuk nina mali… šŸ˜€

Enjoy…