Category Archives: family

Minggu Lepas

Standard

OK laa… ok laa.. Kita kira sekali minggu lepas.

Setkan di minda kamu bahawa ini adalah post minggu lepas.

Rumusan tahun 2015 saya.

Semua “to do list” yang tertulis di dalam hati tak tercapai.

Kecuali satu yang tak masuk dalam list sebab yakin tak akan dapat (bukan dalam jangka masa terdekatlah).

ZIARAH.

Muslimin muslimat sekelian…

Peluang untuk ke sana bukanlah mudah untuk golongan marhaen macam kita ini. Menyedari kekurangan yang ada baik dari segi rohani, jasmani dan terutamanya money, saya memang tidak menyangaka bahawa Allah telah membuka pintuNya untuk menerima saya dan keluarga sebagai tetamuNya pada tahun itu.

Untuk mereka yang pertama kali ke sana seperti saya, ianya adalah satu pengalaman baru yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Untuk digambarkan dengan gambar juga adalah agak sukar sebab tak banyak gambar yang diambil 😀

Tapi, apa yang pasti… dengan izinNya, saya akan  kembali ke sana lagi.

In shaa Allah… Amin…

Moral of the story : Sentiasa bersangka baik kepada Allah kerana Dia adalah Perancang yang Maha Hebat untuk kita.

Peserta Rombongan. Haa.. mana saya?

Sekian.

 

Advertisements

Panggilan Haji…..

Standard

Dah seminggu mak ayah saya pergi menunaikan ibadah Haji. Semoga mereka dan semua jemaah haji tahun ini berada dalam keadaan yang sihat2 sahaja adanya juga selamat pergi dan selamat pulang. Pastinya, doa kami, semoga Allah menganugerahkan haji yang Mabrur buat mereka. Amin….

Take care, mak ayah. We love you both… Muaaahhhh!

Salam Syawal 1433H

Standard

Saya tahu, saya tidak dapat menunaikan janji2 manis untuk sentiasa mengupdate blog ini. Saya minta maaf … (macam laa ramai pun yang membacanya.. :p). Apakan daya, janji dikhianati lagi. huhu.

Di kesempatan Syawal yang masih awal ini, saya sesuci hati dan seikhlas jiwa mengucapkan Selamat Hari Raya & Maaf zahir Batin di atas segala kekhilafan yang disengajakan mahupun tidak disengajakan 🙂

Image

*jersey yg ditempah atas dasar kekeluargaan :P** The kazens**

**front view**

**The anakmenantus of Uwan**

**front view**

**almost all of the Uwan Saedah’s clan** ~ hmm… we should use tripod next time… ~