Category Archives: Hari yg Indah

Minggu Lepas

Standard

OK laa… ok laa.. Kita kira sekali minggu lepas.

Setkan di minda kamu bahawa ini adalah post minggu lepas.

Rumusan tahun 2015 saya.

Semua “to do list” yang tertulis di dalam hati tak tercapai.

Kecuali satu yang tak masuk dalam list sebab yakin tak akan dapat (bukan dalam jangka masa terdekatlah).

ZIARAH.

Muslimin muslimat sekelian…

Peluang untuk ke sana bukanlah mudah untuk golongan marhaen macam kita ini. Menyedari kekurangan yang ada baik dari segi rohani, jasmani dan terutamanya money, saya memang tidak menyangaka bahawa Allah telah membuka pintuNya untuk menerima saya dan keluarga sebagai tetamuNya pada tahun itu.

Untuk mereka yang pertama kali ke sana seperti saya, ianya adalah satu pengalaman baru yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Untuk digambarkan dengan gambar juga adalah agak sukar sebab tak banyak gambar yang diambil 😀

Tapi, apa yang pasti… dengan izinNya, saya akan  kembali ke sana lagi.

In shaa Allah… Amin…

Moral of the story : Sentiasa bersangka baik kepada Allah kerana Dia adalah Perancang yang Maha Hebat untuk kita.

Peserta Rombongan. Haa.. mana saya?

Sekian.

 

Advertisements

Salam Ramadhan 1436H

Standard

Enam bulan kemudian…. (sejak entri pertama tahun ini :D)

Syukur… Alhamdulillah.. diberi kesempatan untuk bertemu kembali denganmu Ya Ramadhan….

Cuba untuk menjadi lebih baik dan istiqomah dari yang sebelum ini. Amin…

ramadhan

Image Hosted by ImageTitan.com

MONday!

Standard

Okay… Esok dah Isnin. Eh.. hari ini dah Isnin. Pastu Selasa. Diikuti dengan Rabu, Khamis dan Jumaat. Tidak dilupakan Sabtu dan Ahad di mana selepas itu, Isnin menjelma kembali.

Itu kiraan dalam bahasa Melayu. Cuba kita kira dalam bahasa Inggeris. MONday, TUESday, WEDNESday,THURSday, FRIday, SATURday, SUNday. Hmm… bila dialihbahasakan secara langsung ia akan jadi : Hari MON, Hari TUES, Hari WEDNES, Hari THURS, Hari FRI, Hari SATUR dan Hari SUN.

Cuba bayangkan kalau kiraan hari dalam bahasa Melayu itu juga dialihbahasakan secara langsung dengan Bahasa Inggeris.

Situasi 1

Cikgu : Hari ini hari apa?

Murid2 : Hari Wednes, Cikgu….

*****

Situasi 2

Mak : Bila adik nak pergi rombongan sekolah?

Adik : Hari Satur, mak…

*****

Situasi 3

Polis : Awak nak pergi mana memandu laju2 ni?

Pemandu : Hari ini hari FRI, tuan…. hari FRI… Saya dah lambat nak pergi solat FRI ni…

Ahahaha…  bengong sungguh bunyiknya…

Selamat Hari MON!

monday

Encik Azam 2013

Standard

Happy New Year 2013!

Macam tahun yang sudah2, En. Azam saya takkan pernah diikrar. Seingat saya En Azam terakhir yang pernah saya niatkan dulu2 ialah untuk menamatkan zaman single. Itu pun mungkin hampir 5 – 6 tahun yang sudah… agaknyalah..

Apapun, saya amat bersyukur kerana diberikan peluang untuk melangkah ke tahun ini. Alhamdulillah…. Terima Kasih Ya Allah..  

Semoga saya dapat menambah amalan yang amat sedikit itu 😦

Hal2 yang berkaitan En Azam ini, biarlah Dia yang menentukannya…  Buat masa ini, saya akan cuba  untuk mencapai En Azam yang masih tidak tercapai itu… Dengan IzinNya….  🙂

wed

Salam Ramadhan 1433

Standard

Dengan tinta tidak bermata

Saya seikhlas jiwa memohan maaf

Atas segala kesilapan yang tidak diniatkan

dan kesalahan yang tidak disengajakan

Dalam penulisan

Agar ibadah di Ramadhan ini

Diberkati dan diterima olehNya… 

Selamat berIbadah …. 🙂