Category Archives: hati kata….

Harapan Untuk Esok

Standard

Selamat 2019!

Jiwa saya sekarang tengah meronta-ronta untuk lari lagi. Nampak sangat tidak bertanggungjawab, bukan?

Baiklah. Saya berhenti dahulu, kemudian lari.

Apa yang saya angankan sekarang ialah ;

  1. Berhenti Kerja
  2. Menetap di Pulau yang cantik
  3. Bekerja sebagai nelayan atau mungkin buat belacan
  4. Tulis sesuatu seperti novel, lirik lagu atau kisah2 teladan?
  5. Belajar berenang dan menyelam tanpa tong gas
  6. Bercucuk tanam tanaman eksotik
  7. Buat kraftangan
  8. Menjadi pemandu pelancong di pulau itu
  9. Bela haiwan ternakan
  10. Buka kedai makan di pulau tadi atau mungkin jadi tukang buat air dulu
  11. Tingkatkan amal ibadat
  12. Live life to the fullest!

Apa yang menghalang?

Sebab hidup ini bukan hanya untuk diri sendiri. Sampai waktu yang tepat nanti, saya pasti pergi.

Moga Allah izinkan…

Advertisements

Masa

Standard

Semakin jauh jarak usia melangkah, semakin banyak kenangan yang yang ditinggalkan. Masa takkan bisa diulang.

Waktu takkan mampu diputar.

Saatnya juga tidakkan boleh didentingkan kembali.

Yang tinggal hanya kenangan lalu yang pastinya akan pudar, seiring dengan sejauh mana kemampuan sel-sel otak berhubung untuk mengingati semula memori di dalam kepala.

Dan.. andai mesin masa itu benar wujud, pasti akan dihentikan masa itu ketika saat-saat remaja yang terindah.. ku bahagia….

 

incomplete feeling

Standard

Saya tidak pernah tidak rasa bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang. Cuma kadang2 ada satu rasa yang sukar untuk diterjemahkan mencengkam hati. Menimbulkan rasa ketidakpuasan yang terus membelenggu diri.

Bukan… bukan rasa sunyi atau lonely. Saya biasa untuk sendiri secara zahirnya kerana saya percaya Allah sentiasa ADA di mana2 untuk hambaNya. 

Satu rasa yang tidak sempurna sentiasa menyelubungi hati dan diri yang amat jauh untuk menjadi sempurna. 

Ya Allah, tolonglah ampunkan hambaMu yang sering khilaf ini.

Mungkinkah saya harus meninggalkan tuntutan dunia yang tak akan pernah ada hentinya dan cekalkan hati yang rapuh ini untuk pergi mencari kesempurnaan agar layak menjadi penghuni syurgaNYA… 

smile

Cubalah untuk setia…

Standard

Masa yang berdetik laju dari biasa. Membuatkan saya leka dengan dunia. Dunia yang penuh dengan pura2. Namun harus dipuaskan atas nama KERJA.

Assalamualaikum…

saudara saudari, cikebum2… 

Kerja payah, tak kerja pun susah. Yer.. saya dah kerja sejak bulan Oktober lalu. Mungkin terlalu memikirkan kerja yang tak akan ada hentinya, saya terlupa dengan dunia kecil saya di sini. Sesungguhnya tiada apa yang lebih memberi jiwa yang kudus ini ketenangan dan kepuasan selain daripada menulis untuk diri sendiri. 

Hmm… cubalah untuk setia….  

Sekeping hati dibawa berlari

Standard

Hati kering.

Saya amat merasakan perasaan ini. Bukan sengaja tapi ianya adalah sesuatu yang tidak saya paksa untuk menular di setiap sendi rasa yang saya ada.

Kering saya bukan bermaksud menjadi tidak sensitif terhadap isu manusia sejagat umumnya cuma tidak punya rasa pada cinta sesama manusia berlainan jantina apatah lagi sesama jantina (gila ko.. Nabi tak mengaku umat nanti). Secara automatiknya saya akan menjadi mual apabila mendengar perkataan2 seperti : sayang, my dear, baby, honey or whatsoever words yang berbunyi manja2, ngada2 dan jiwa2. Sosak napeh den!

Jujurnya, saya tidak meminta perasaan saya menjadi sesejuk  dan sekering ini. Mungkin pengalaman2 yang kurang indah membuatkan saya berhenti berharap. Bukan tidak percaya terhadap ketentuanNya, cuma mungkin lebih tenang jika saya membiarkan masa yang singkat ini membawa ke mana haluan perjalanan hidup ini. Saya redha dengan ujianNya kerana saya seorang hamba yang khilaf dan cuba untuk memperbaiki diri. 

Semoga Allah menerima taubat hambanya ini. Amin….

februari yang sepi…

Standard

phuhhwweww… penat aku carik lirik nih bagi menepati tema hati laraku di februari ini… hehe…

Sekuntum mawar merah sebuah puisi
Untuk gadis pilihan oh.. di bulan Februari
Mulanya cinta bersemi dan kehadiran
Ribuan mimpi-mimpi oh di bulan Februari

Kemesraanmu dan cintaku
Berlagu dalam irama nan syahdu
Tapi mengapa hanya sementara
Cinta yang menyala padam tiba-tiba

Terkenang kembali lagu cinta lama
Kisah mawar merah berduri
Menusuk di hati
Haruskah ku ulangi

Apakah dosaku dan apakah salahku
Sering gagal dalam bercinta
Mengapa cinta hanya sementara
Api yang menyala padam tiba-tiba

Sekuntum mawar merah sebuah puisi
Di bulan Februari

😦

Jika kamu bisa fahami…

Standard

Aku rasa sedih. Agak kecewa. Dan sedikit hampa.

Sebab:

1) Aku tak berjaya dapat apa yang aku azamkan tahun ini.. Lagi sehari dah tahun 2010. Mungkin orang akan kata aku tak berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya yang mana anggapan itu memang betul atau mungkin juga yang sebenarnya aku tak tahu apa sebenarnya yang aku azamkan.

2) Aku dah mula rasa nak carik kerja lain.

3) Kawan2 yang dulunya agak dekat sudah semakin menjauh…

4) Selalu gagal untuk menjadi semakin “BAIK”

5) Cemburu melihat kebahagiaan rumahtangga orang lain dan simpati kepada mereka yang bernasib sebaliknya.

6) Dan lain2 lagi… yang malas untuk aku taipkan di sini. hehehe…

Selamat akhir tahun 2009!