Category Archives: Ilmu yang dikongsi

Tazkirah Ramadhan

Standard

Di bulan yang mulia ini, izinkan saya berkongsi beberapa perkara yang saya baca di laman blog penulis2 lain. Semoga ianya menjadi peringatan untuk kita semua termasuk diri saya sendiri… InsyaAllah…

Rasulullah s.a.w Bertanya:
“Wahai Iblis, berapa banyakkah temanmu dari umatku?
Berkata Iblis, “Umatmu yang menjadi temanku ada sepuluh…
1. Orang kaya yang sombong
2. Peniaga yang tidak jujur (khianat)
3. Peminum arak
4. Orang yang memutuskan tali persaudaraan
5. Hakim yang tidak adil
6. Orang yang mengumpulkan harta melalui riba
7. Orang yang makan harta anak yatim
8. Orang yang selalu melengah-lengahkan solat dan sering meninggalkan solat
9. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat
10. Orang yang berangan-angan tinggi
6 teka teki Imam Al-Ghazali yang ditanyakan kepada murid-muridnya :
1. Apa yang paling dekat dengan diri kita – mati
2. Apa yang paling jauh dari kita didunia – masa lalu
3. Apa yang paling besar di dunia – nafsu
4. Apa yang paling berat di dunia – menanggung amanah
5. Apa yang paling ringan di dunia – meninggalkan solat
6. Apa yang paling tajam di dunia – lidah manusia
Selamat meneruskan ibadah puasa.. 🙂
Advertisements