Category Archives: jobless moment

Tak ada kerja ke?

Standard

Dah nak masuk 4 bulan saya tidak mencarum kepada kumpulan wang simpanan pekerja. Isk.. kuranglah nampaknya hasil caruman saya tahun ini. Hari tu fikir salah satu sebab tidak bekerja ialah nak beraya sakan seSakan pasaraya Sakan di Masjid Tanah tu. Nah! Ambik ko.. sakan sangat laa kan sampai nak masuk zulkaedah zulhijjah muharram safar rabiul awal rabiul akhir jamadil awal jamadil akhir rejab sya’aban ramadhan syawal zul… fuhh.. nasib baik hafal bulan Islam. 

Bila dah nak habis Syawal, rasa macam fikir nak tunggu mak ayah pergi Mekah. Boleh laa konon2nya nak jaga rumah. Jaga Uwan, jaga kucing yang suka menggesel-gesel nak menumpang manja tapi bila nak dimanjakan dia menggigit-gigit pulak macam meroyan lama tak berlaki. Bagi ayam makan. Mengecat pagar. Mengecat buaian. Mengecat reban ayam.  Mengecat? Apa ko dah meroyan cam kucing  itu juga? Hmm.. Menyapu sampah pun kena termenung 7-8 kali dulu baru nak siap!

Pastu.. Bila dah pergi Mekah, rasanya macam nak tunggu pulak mereka pulang dari Mekah. Sebab nanti kalau dah kerja, ingat senang nak dapat cuti? Kalau tak balik menyambut mak ayah balik nanti, tak dapat pula saya gelang Mekah yang gulung2 tu? Ada lagi ke gelang itu?  Budak baru bekerja laa katakan. Cuti pun kalau diproratakan mesti ada dalam 0.15 jer kot. Biasanya macam tu la… Tak percaya, cuba tanya orang HR. Habis tu.. takkan nak ambik MC. Tercelalah reputasi saya sebagai pekerja baru yang naif. Haaihh!

Itu kalau tak keje. Tapi……….. kalau tak keje nanti, siapa pula nak bayar installment kete? sapa? sapa? sapa????? 

Btw, untuk pengetahuan pembaca2 (setahu saya seorang jer yang rajin nak baca pun.. haha!), Saya sudah kembali ke kampung halaman untuk memadatkan populasi penduduk di sini yang mana pola penduduknya jika berdasarkan matapelajaran geografi Tingkatan 1 (1 ker?) adalah berselerak dan berpusat setempat2. 

Buat masa ini, itu laa kerja saya… KL – Kg – KL – Kg – KL – Kg – Macam laa banyak sangat duit tu nak bayar Ron 95 dengan Tol. 

Assalamualaikum Mak…. bukak pintu!!!

Advertisements