Category Archives: kenapa eh?

Biar laaa kan….

Standard

Alamak aiii… tak sempat nak ‘update’ apa2 dlm bulan Jan 2011. Dah masuk Feb pun.. Haiishhh… Nak buat mcm pun kan..  Masa takkan boleh diundur…

“Hepi Year 2011” untuk semua. Semoga tahun ini baik2 sahaja. Baru saya perasan yang tahun lepas, ‘post’ saya kat blog neh tak sampai 10  pun..  Sedeyy.. Saya mesti berubah tahun ini.. Semoga berjaya!

Mak saya suka bagi hadiah bila dah besar2 neh. Saya memang akan selalu ‘tacing’ kalau dpt hadiah dr emak sbb dulu kecik2 jarang dapat hadiah. Yang selalu dapat.. “kena marah” :P. Hadiah terkini yang mak bagi masa Awal Muharam dulu. Siap mak sorok2 terus masukkan dalam beg. Suruh tgk masa kemudian. Yerr.. Suspen jap.

Dalam kete, dengan penuh kesuspenan… saya tgk hadiah itu… “Petua Mendapat Pasangan”. OOoooo… OOoooo….. ada petua rupanyer… hehe. Terima kasih mak. Saya tahu mak risau dgn anak perempuan dia yang masih sendiri ini. Yerr.. saya bukan muda lagi walaupun muka dan perangai sentiasa nampak muda 😀 Mungkin saya juga selalu terlupa yang saya semakin jauh ditinggal masa hingga saya jadi tidak kisah… Hmm… biar laa kan….

Memilih? Tidak.

Cuma saya kadang2 sudah berputus asa dgn hal yang satu ini. Jodoh. Walaupun setiap kali pegi karaoke tak lupa nak nyanyi lagi wali ~ Cari jodoh  😀 Tapi, saya redha dgn apa ketentuan-Nya sbb jodoh itu tak boleh dipaksa…. Dan saya juga sudah penat….

Biar pun sepi & sendiri, janji saya tak kacau orang…

Hmmm… biar laa kan…

Advertisements

Perlu ke?

Standard

Kadang2 aku rasa aku lebih suka keje kat pusat panggilan sebab aku tak perlu tengok muka atau bersemuka dengan pelanggan atau orang yang kita jumpa. Salah satu kebaikannya pada aku ialah, aku dapat mengelakkan diri dari memberikan tanggapan pertama dari segi fizikal terhadap mereka. Mengaku jer laa yang kita ni semua mesti tak boleh lari dari memberi tanggapan pertama bila jumpa seseorang buat kali pertama. Paling bangang pun mesti dalam hati akan kata “ermm.. cun gak mamat/minah nih..”.

Tapi satu yang aku agak menyampah apabila “berunding” dengan pemanggil kat telefon ialah apabila mereka akan menekankan tajuk (tajuk?) err.. maksud aku ‘title’ mereka. Contoh:

Aku: Boleh saya tahu nama encik/cik?

Dia: I m DR Saripah. atau

Dia : i am DATO’ Ah King Kong. atau

Dia : I, DATIN Seri berseri-seri. atau

Dia : I am PROF Klon. atau

err… itu jer laa yang selalunya sebab kalau yang jurutera atau arkitek atau mana2 pekerjaan yang kononnya kelas atasan itu pun nak jugak sebut “tajuk” mereka tu, aku tak tahu lah nak cakap apa. Memang gila “tajuk” namanya tu.

Tapi, ada satu lagi “tajuk” yang aku rasa tak sampai hati kalau tak sebut ialah bila ada wanita2 yang sungguh kecil hati bila aku panggil mereka CIK sedangkan mereka sepatutnya PUAN. Alaa.. itupun nak berkira ker.. yang penting kamu tahu siapa kamu. Kan…kan..kan…

Mungkin pada mereka “tajuk” itu penting untuk dimaklumkan. Untuk apa?

1) Supaya aku hormat mereka?

2) Supaya semua permintaan mereka dipenuhi?

3) Supaya aku tahu mereka itu adalah “seseorang” yang perlu diberi perhatian lebih?

4) Supaya aku tahu mereka tu lebih ‘BESAR” dan bijak dari aku yang cuma keje menjawab telefon?

5) Supaya aku tak boleh melawan cakap mereka sbb mereka kenal ramai orang2 atasan, org2 suratkhabar, menteri2, etc.etc.etc.?

Hmm… lantak kamu lerr.. Ada aku kisah?

malaysiaku yg tercinta….

Standard

Sungguh aku tak faham dengan politik malaysia skrg nih. Tak ambik tahu karang, org kata tak prihatin dengan masalah negara. Ambik tahu karang… aku jadik marah.. emosi tetiba.

Well… Ok, lets talk about politic from a view of “rakyat biasa yang tak mempunyai apa2 kepentingan”.

During Childhood day : Aku tak tahu pun word POLITIK tu wujud. Yanga ku tahu HARI RAYA…

During Primary school days : Ermm… never bother about it. Aku agak gila kuasa nak jadik Ketua darjah time2 nih… hehehe…

During Secondary school : Aku respect gilerr kat Tun Mahathir.

My diploma days : Ada study subject Politics. Time ni aku mula sedar yang poltik ni sungguh KOTOR.  Penah buat review pasal Anwar yg jadik TPM masa tu. Penah beratur panjang kat High Court – konon nak tgk trial Anwar yang dituduh dgn macam2 jenis tuduhan. Tapi, tak dapat masuk pun… heh.. Penah join ceramah2 reformasi… Fuhh.. aktif gak time tu..

My Degree days : Hmm…. Busy sgt.. Tak sempat nak pikir pun…

Currently : Sebagai rakyat yang perlu meneruskan kehidupan harian seperti rakyat2 biasa yang lain, aku percaya yang kita semua hanya nak satu benda jerr…… which is WORLD PEACE!

So… TOLONG laa…. Think about the rakyat jelata. Not about ko fitnah aku… aku fitnah ko… Ko liwat aku.. aku liwat ko.. Ko tumbuk aku, aku tumbuk ko… Ko saman aku… aku saman ko… Ko letupkan orang, orang nak letupkan ko… 

Yang benar tak mengaku salah dan yang salah pun tak nak mengaku salah.

So? Lu pikir laa sendiri… hehe…. ( i lebiu nabil.. ;p )