Category Archives: kerja la.. lalala…

p.e.r.g.i

Standard

CINTA. datang dan pergi. KAWAN. datang dan pergi. HIDUP. datang dan pergi.

Cici. Nama yang begitu catchy. Kalau ada sesiapa yang baca paper, mesti dah sedia maklum di atas perginya insan bernama Cici ini. Secara peribadi & sosialnya, aku tak berapa mengenali dia. Tetapi sebagai CSE yang pernah bekerja di floor yang sama, dan dia sebagai TM yang sering menjadi tempat untuk bertanya, menjadikannya seorang yang amat disenangi semua. Ketiadaanya pasti amat dirasai dan apa yang pasti, dia tak akan pernah dilupakan & akan selalu diingati oleh kami. 

Perginya tiba-tiba. Dua floor bagai terkedu dan lidah terkelu nak jwb call bila Isnin itu kami tahu tentang kehilangannya. Semua mengharapkan agar dia segera ditemui dalam keadaan yang selamat. Dan floor bertambah suram apabila kebimbangan itu menjadi pasti. Memandangkan aku tak keje Selasa semalam, aku kurang merasa pilu & sepinya saat itu. Tapi aku pasti, ALLAH masih mendengar doa hambaNya walau di mana pun kita berada. 

“Ya Allah, cucurilah Rahmat ke atas rohnya. Semoga dia ditempatkan di kalangan hambaMu yang soleh & beriman. Amin…”

May Allah Bless All of us,

Advertisements

13 Ogos 2009

Standard

2 hari selepas 11 Ogos 2009.

Rasa macam telebriti sekejap bila nak reply semua ucapan selamat kat FB. Terima kasih kepada mereka yang mengutusi ucapan-ucapan selamat itu. Masih ada rupanya yang mengingati diriku ini. huhu. Terharu sekejap. Hehehe..

Hari ni aku OFF. Begitu juga esok. Memang bahagia & aman rasanya dapat lari dari suara2 yang menghingarkan telinga ini. Kalau nak ikutkan tahap kebosanan kerja, memang bosan sebenarnya. Tapi, buat masa ni terpaksa laa kuredahi jua. Dah laa tadi Boss hantar e-mail pasal lateness. Nampaknya sehingga ke hari ini, akulah juara late comer dalam group aku. Nanti dapat laa aku surat kaunseling. Hmm.. ntah naper malas betul rasanyer nak datang keje semenjak 2 menjak nih. Walaupun kekadang tu bangun dah awal, tapi ngelamun plak terlebih. Dan ditambah pula dengan morning sickness… err… morning sickness??? 

Oppss… harap jangan salah faham. Morning sickness yang aku maksudkan di sini ialah kerana aku selalu rasa kurang sihat masa bangun tidur. Rasa macam dizzy… mual… loya… dan TIDAK! AKU TIDAK PREGNANT! Walaupun aku tahu itulah yang cuba disampaikan oleh doktor bila aku pergi klinik minggu lepas.

Kesimpulannya: Aku sebenarnya cuma angin sbb makan tak ikut masa.

Macam mana nak makan ikut masa? Jadual hidup pun tunggang langgang. Kalau ikutkan pemahaman aku, makan ikut masa itu ialah 5-6 kali sehari. Macam masa kat asrama dulu.

7 am : Breakfast kat dining hall

10.30 am : Break (rehat kat sekolah) kalau ada duit makan kat kantin. Kalau tak der, menapak gi dining hall – makan biskut kering.

1pm : Lunch kat dining hall

4pm : Tea Break kat dining hall lepas prep petang yang sungguh memengantukkan itu

8pm : Dinner kat dining hall

10pm : Supper lepas prep (supper provided ker?)

Sekarang ni, tak ada sapa nak jaga jadual pemakanan aku. Dah tua2 ni.. pandai2 laa nak hidup…

 

Hari yg indah berakhir dgn…

Standard

Kehidupan rutin seorang CSE selepas berusaha sedaya upaya untuk log in on time adalah menunggu panggilan.

Hari ini, bermula jam 12 tengah hari yg lembab dan basah sbb hujan lebat – aku dok depan pc, tggu call masuk sambil planning dalam hati nak masak apa balik nanti. Adalah besarnya harapan aku (dan juga semua CSE yg keje) agar tak ramai org akan call walaupun aku tahu harapan itu sememangnya tak akan menjadi kenyataan (kalau takder org call, kami semua kena buang keje.. termasuk pak cik guard kat luar tu)

Masa berlalu agak lembab hari ini. Selembab cuaca kat luar. (Bagus jugak   hujan hari nih, clear dah cermin kete aku.) 1,3,6,8 dan call seterusnya sehinggalah jam nak pukul 8 malam, aku dapat menjawabnya dgn sungguh bergaya sekali walaupun kadang2 aku tak pasti apa ke nama sebenarnya pemanggil2 itu sehinggalah aku terpaksa suruh mereka eja kan untuk aku.

Aku terus tumpukan konsentrasi walaupun Amir kat sebelah dah macam nak masukkan anak tekak nyer kat dlm headset sbb dpt caller yg tak reti bahasa melayu. Salleh plak dah macam lawyer kalah kes. Lagi 3 minit nak abih keje, tetiba dapat plak last call yg sedikit menguji keimanan dan kesabaran anak tekak.

Kes: Auto update. Solution: Biarkan jerr.. nanti ok laa balik dgn sediriknyer. 

Tapi,  pak cik tu tak puas hati sbb first time dia kata dia kena camtu. Dan dah lama katanyer..  (Ellehh.. baru 2-3minit pun..). Pastu mulalah dia complaint mcm2.  Daripada bad svc sampailah nak untung jer dan sampailah kata gaji aku byk sebab company banyak untung. Aku rasa muka  dah panas.  Kalau tak pk kan “panggilan anda direkod” nak jer aku sound pak cik tu balik. Aku tak kisah kalau dia nak complaint sbb dia ada hak untuk complaint, tapi aku betul2 pantang 44   hari 44 malam bila org sebut pasal gaji2 nih. Macam nak mengata aku makan duit haram jer laa plak. Dan yang makin menambahkan peningkatan pendidihan darah tinggi aku ialah dengan terdengarnya suara2 sumbang bak siulan nyamuk betina nak bertelur sebagai background mengiringi bebelan pak cik itu tadi. Teka sapa? Tak lain tak bukan, mak cik yakni bini kepada pak cik itu. “elleh makcik, kalau berani, meh ckp direct laa…” 

Malas nak gaduh sbb aku jugak yang akan dipersalahkan. Pak cik tu kata dia tak nak letak tepon sampai prob dia settle. Aku “yer”kan saja apa dia nak kata. Dia jadik bengang sebab aku tak nak melawan langsung ckp dia. Pastu aku kata “Pak cik… buang masa jer saya ckp dengan org yang tak reti nak hormat org lain! “ tapi dlm hati jer laa…

Beberapa minit selepas dia boring aku tak nak gaduh ngan dia, aku dgr sore pak cik tuh dh mcm ke-malu2-an bila prob tu settle dgn sendirinyer spt yg aku dah maklumkan pada dia awal2 tadi. (aku dh bgtau.. tak nak percaya!)

Sebagai CSE & rakyat Malaysia yg berbudi pekerti aku maafkan jugak pakcik & makcik yang tak berapa berpekerti itu di dalam hati manakala di luar hati aku kata kat pak cik tu, “saya minta maaf di atas kesulitan yg encik alami”

Yeaaa…. Balik! Esok cuti 2 hari! ZZZzzzzzzZZZzZZzZZzZZZzzzz…….  

 

salahkan ku.. jgn salahkan ku…

Standard

apa tajuk  lagu bg lirik di atas?

jawapan : itu bukanlah soklannyer… haha!

lawak bodoh utk hari ini sbb ada cust kata aku bodoh+bangang tadik.

tapi, aku malas nak gado2 sbb aku tahu dialah yg sebenarnya begitu…

so.. biarkanlah dia dan kedegilannya dalam menerima hakikat kebodohannya itu…. hohoho!

kalau nak ikutkan ‘jiwa muda aku nih’ – (muda ker??) mmg nak jer berenti keje. tapi… demi bila mengingatkan yang aku ni mmg laa tak muda lagi… so, tabahkan jer laa hati ini… redah jerr…

walaupun…

1) mereka sering jerit2 mcm org histeria+meroyan kat telinga aku – bergegar gegendang telinga aku. 

2) mereka selalu kata nak masuk paper klu tak puas hati – mcm aku kisah. paper skrg org buat bungkus nasik lemak + pad jerr.. lepas baca, org biasanya akan lupa.

3) mereka suka membebel-bebel tak tentu pasal… mcm laa tahu semua benda. kalau pandai sgt… buat sendiri laaa….!!!

4) dan lain2 lagi…

sukati jer….

antara

Standard

genting

Antara mereka yang sama2 meredah hari – training – caner nak berkomunikasi di talipon.

Antara yang berjaya naik bas – cable car – dan segala macam benda di puncak genting highlands.

Antara 7 dalam gambar di atas.

Hanya 3 yang masih tinggal.

dan antara 3 yang masih tinggal itu…

akan mungkin hanya tinggal 1..

dan yang 1 itu,

mungkin….

a.k.u

adik2… all d best to u all..

u guys know better what is the best for you…

take care!

At the end….

Standard

At last abiss jugak training yg ala2 American Idol nih. Alhamdulillah… aku success. Tapi sedih jugak laa sbb ada beberapa rakan2 setraining tak berjaya meneruskan career sbg CSE yg melampau-lampau nih. Maklum laa dah sebulan lebih membuang minyak kete dan duit parking gi training, so… banyak laa jugak sweet, bitter and sour memorynyer… huhu..

Anyway, aku tetap percaya yang setiap insan yg ada di muka bumi ni ada rezeki mereka masing2. Cuma apa, bila dan bagaimana jer yang berbeza. Dan tak lupa juga usaha dan doa… walaupun kadang2 dan mungkin juga selalu kiter terlupa kepadaNya….

My wish…

to linda: semoga berjaya jadik stewardess. Gonna misss u much laa, dik….

to dalida : good luck! Gonna miss u much too… Chaiyok.. chaiyok….

to stacy : dont’give up babeh… miss u too jugak laa..

others… good luck!

Well… at the end… i believe that all of us is successfull!

So.. Enjoy the life….

Meaning of JoBLesS

Standard

for me, at least…

+ i spent and will spend more time with my friends, family and relatives (+ ngabihkan boreh di rumah mereka.. huahuahua..)

+ my petrol is still quite full…

+ less spending on food (refer the 1st +)

+ no need to rush to work (i hate the punch card!)

+ i m going back to my parents’ house…. (to make them sick of my face.. hehehe..)

For now, a week without working…

= PRICELESS…

hehe…