Category Archives: TV

Mari bermuhasabah diri

Standard

Saya tak faham kenapa orang sekarang sibuk sangat melayan citer Dejavu di Kinabalu.

Dah laa slot siarannya di waktu kemuncak Maghrib yang tempohnya dalam sejam 2o minit sahaja. Owhh… lupa! Tempoh iklannya yang panjang itu boleh sempat solat agaknya laa kan… huhu.

Apapun jangan lupa solat dan lebih manis lagi jika tidak melengah-lengahkannya (peringatan untuk diri sendiri juga)

Saya?

Lebih manis rasanya mendengar ceramah ustaz Azhar Idrus kat u Tube 🙂

Advertisements

Memilih untuk membuat pilihan

Standard

Saya masih lagi sedang menikmati ‘percutian panjang’ yang tiada pulangan.

Membaca updates mereka di fb terutamanya berkaitan kerja atau tempat berkerja terdahulu menyentuh sedikit emosi. Tapi, untuk kembali. Hmmm… mungkin tidak. Tidak di unit itu, di unit lain… mungkin.

Memandangkan syarikat tempat berkerja lama ini masih belum membatalkan akaun pekerja, jadi saya sedang cuba memanfaatkan kemudahan ini dengan menonton semua rancangan yang ada sebanyak mungkin ~ Walaupun sebenarnya yang saya tonton setiap hari adalah rancangan yang sama juga 😀

Secara umumnya saya memang kurang berminat untuk menonton drama2 melayu bersiri walaupun sekarang saya sudah punya masa untuk mengikutinya.  Mahupun ceritanya kata orang ramai begitu menarik sekali, tetapi ianya tidak dapat menyentuh hati saya untuk memfollowing siri2 tersebut terutamanya jika ia bersiaran di saluran tv tidak berbayar.

Sebab utama : TERLAMPAU TERLALU LAMA SANGAT IKLANnya.

Baru nak menghayati ceritanya, dah iklan. Baru nak tacing sket, dah iklan. Secara kasarnya berdasarkan pengiraan saya dengan jari, jika rancangan itu dijaduakan  selama 1 jam, waktu siarannya yang sebenar selepas ditolak tempoh iklan ialah lebih kurang selama 30 minit sahaja. Secara halusnya, hmm.. saya akan cuba buat pengiraan lebih tepat pada siri sambungan yang berikutnya.

Ya, saya faham yang syarikat televisyen tersebut amat bergantung harap terhadap iklan2 untuk menjana pendapataan mereka. Jadi, saya tidak akan mengulas dengan lebih lanjut.

JALAN CERITAnya pula pada saya agak stereotype. Sama macam novel.  Part paling letih nak dengar ialah budaya suka bercakap menjerit-jerit dan paksa memaksa terutamanya dalam soal jodoh menjodoh.

Ya, saya faham pelakon hanya berlakon dan pengarah hanya mengarah. Jadi, terpulang kepada penonton yang bijaksana untuk memilih dan menilai.

Hanya dengan 2 sebab utama dia atas, buat masa ini saya hanya memberikan lebih tumpuan kepada saluran 555 untuk siri rancangan seperti The Pickers, Pawn Stars, Kings of Restoration dan saluran 731/732/733 untuk siri rancangan seperti Storage Wars, Say Yes to the Dress, segala jenis macam rancangan di saluran Crime Investigation.

Hanya satu sebab : rancangan2 tersebut nampak lebih benar dan lebih kepada realiti 🙂

Di jam 7:38 petang ini, saya sedang terpaksa menonton saluran 103 : Dejavu di Kinabalu 😀 ~ TERPAKSA okay??? 😛 

Moral siri ini buat masa ini : Cinta, usahlah dipaksa. Belajarlah untuk menerimanya.

Saya ialah penagih TV!

Standard

* Minta maaf DBP kalau alih bahasa saya kurang tepat.

Saya memang suka menonton TV sejak dari kecil lagi (ayat karangan darjah 5).

Tapi zaman kanak2 saya dulu memang agak susah nak menonton TV memandangkan biasanya mak akan suruh baca buku/belajar/tidur. Tambahan pula waktu itu rancangan di TV agak terhad. Saluran pun ada dua sahaja dan TV3 pun susah nak dapat gambar yang  jelas. Jadi, tontonlah apa yang ada. Dari katun I am popeye the sailorman… tooott..toooot… sampailah ker hari ini dalam sejarah. Semuanya saya layan.

Di atas ketaksuban saya dengan menonton TV, saya akhirnya berjaya kerja di Syarikat TV berbayar itu. Tahniah untuk diri sendiri.

Sekarang. Saya sedang meluangkan hampir kebanyakan masa menonton TV. Tidak bersosial di laman sosial apatah lagi di laman rumah atau mana2 laman yang berkenaan. Dengan kata lain, saya duduk di rumah 24 jam sehari. Kalau keluar pintu rumah pun sebab pergi kedai sahaja.

Bertapa.

Memang ianya tidak mendatangkan sebarang hasil yang lumayan apatah lagi dengan status penganggur berdedikasi yang dijawat sejak 3 minggu lepas.

Tapi… Saya pasti saya banyak mengumpul ilmu pengetahuan walaupun hanya duduk di rumah sebab di TV zaman ini, macam2 ada…. 😀

* jam 11.05 mlm waktu Malaysia, saya sedang menonton saluran 817 : 2012 pro bull rider: Glendale, Az (Arizona?)*