Category Archives: Uncategorized

Masa

Standard

Semakin jauh jarak usia melangkah, semakin banyak kenangan yang yang ditinggalkan. Masa takkan bisa diulang.

Waktu takkan mampu diputar.

Saatnya juga tidakkan boleh didentingkan kembali.

Yang tinggal hanya kenangan lalu yang pastinya akan pudar, seiring dengan sejauh mana kemampuan sel-sel otak berhubung untuk mengingati semula memori di dalam kepala.

Dan.. andai mesin masa itu benar wujud, pasti akan dihentikan masa itu ketika saat-saat remaja yang terindah.. ku bahagia….

 

Advertisements

Azam

Standard

OK. Azam tahun lepas untuk kemaskini blog setiap 8 minit tak tercapai. Jadi tahun ini kita rendahkan sikit kpi tu.

Kemaskini setiap minggu.

Sekian. Untuk minggu pertama 2016.

p/s minggu lepas tak kira sebab bulan Januari tak cukup 7 hari ūüėõ

Berlari ke langit

Standard

Yer.. dah nak masuk tahun 2012 pun. Lagi lebih kurang 2 bulan. Kejap jer kan.. ~sigh

Macam2¬†kisah¬†yang sudah¬†berlaku. Suka, tak suka, nangis, tak nangis, gelak, tak gelak, marah, tak marah, yang kawen, yang tak kawen2, yang dapat¬†anak, yang hilang¬†mak, yang dapat¬†laki, yang dapat¬†bini, yang mati¬†laki, yang mati¬†isteri, yang dapat¬†bonus, yang berhenti¬†keje, yang nak¬†carik¬†keje, yang tak jugak¬†berhenti-henti¬†keje, yang pindah¬†rumah¬†baru, yang dapat¬†cuti, yang kena¬†keje, yang tak nak¬†keje¬†tapi¬†nak¬†gaji….

Giler apa aku nak senaraikan semua.

Dipendekkan cerita.

Hidup¬†tak setiap¬†harinya¬†indah. Tapi¬†alangkah¬†indahnya hidup¬†kalau¬†dapat¬†menghabiskan¬†usia bersama¬†si dia yang saling¬†menerima, memberi¬†dan memahami….. seadanya K.I.T.A.

My Soulmate.. wujudkan kamu?

Bila mentari terbenam…

Standard

 

tak ada orang dah mandi kat laut…. (yang tersurat)

(yang tersirat) : Tak reti2 ke nak balik rumah solat Maghrib?

Lokasi : Pengkalan Balak, Masjid Tanah Melaka –¬†Seronok tau lepak kat sini…

Masa : Bila mentari terbenam

Tarikh : Awal Syawal 1430

Jurugambar : saya ūüôā

Kamera : telefon bimbit Sony Ericsson K660i 

Tiada dalam gambar : Mak saya, ayah saya, uwan saya, abang saya, kakak ipar saya, 2 anak buah saya, adik saya dan SAYA! ūüėõ

 

surat utk dura…

Standard

ke hadapan sohabatku puan dura yg kini berada di luar negara. apa khabar dirimu di sana? aku harap agar dirimu berbahagia dan selamat selalu di samping keluarga tercinta. buat diriku di sini… usahlah dikau bimbangkan kerana aku masih lagi berupaya menyedut oksigen spt biasa walaupun kadang2 terpaksa juga menyedut karbon monoksida. hmm… tercemar sungguh udara di ibu kota ini… uhukkk…uhukk… err… batuk plak…

dura, poskadmu sudah selamat ku terima semalam. sungguh gumbira rasanya hati ini apabila mendapat poskad dari obersea. maklum laa.. dah lama tak ada org kirim surat kepada diriku ini. surat terakhir yg aku terima dari obersea kalau tak silap aku ialah drp intan. itupun ntah berapa tahun yang lepas agaknyer. malas sungguh nak aku ingat kembali tahun bila agaknyer itu. lantak laa tahun berapa pun. bak kata pepatah, barang yang lepas usah di kenang… jadi, tak usahlah kita kenang2kan lagi…

oh ya.. bagi menjawab persoalan tentang acct tv satelite berbayar ko itu, akan aku maklumi dalam surat ku padamu nanti. sungguh tidal comel rasanyer untuk menceritakan tentang itu di sini. aku tidak mahu nanti semua org yang baca blog ini tahu apakah pekerjaan sebenar aku yg ala2 agen 007 ini. biarlah is menjadi misteri.

hmm… bagaimana rasanya hidup di negara omputih? adakah org di sana sumanya putih2? danial apa khabar? masih ingatkah dia pada untie nisanya yang sungguh kiut ini? kalau dia ingat, sampaikan pesan ku padanya agar dia tak lupa belikan aku beberapa souvenier dari sana. kalau tak satu, dapat 5 pun jadi laa…

dura.. nampaknya masa amat mencumbui ehh… silap.. mencemburui kiter. banyak sebenarnya perkara yg ingin aku ceritakan padamu tetapi aku merasa sungguh mengantuk sekali. aku harus pulang. jam sudah hampir pukul 2 pagi. esok aku kena kerja lagi. keje menjawab soklan manusia yg tak pernah tahu erti diam. dan… cc ini juga sudah semakin menakutkan aku…

semoga kita ketemu lagi di lembaran akan datang yer. pecah kaca, pecah gelas. sudah baca, harap balas.

akhir kata, sampaikan salamku kepada anakmu, emakmu, ayahmu, lakimu, dan jiran2 lelaki kamu yang single, ensem dan available.. kalau yang kaya pun boleh jugak laa.. (kat jiran tu yg paling penting sekali). take care!

sekian, terima kasih.

dengan ingatan tulus ikhlas lagi suci dan murni,