Dulu & Sekarang

Standard

Tadi saya cuba baca balik post2 saya yang awal2 dulu kat blog ni. Bermula dari post pertama di tahun 2007 dan seterusnya. Betapa usia yang mencerminkan kata2 hati saya ketika itu amatlah kurang matang. Ada yang saya rasa nak padam tapi rasanya macam emosi sangat pulak. Itu belum lagi kalau baca balik apa yang saya tulis di Friendster punya blog sekitar tahun 2005 dulu. Lagi macam “errr… is that me??” Haha!

Ada sesetengah post tu saya macam tak ingat langsung yang ianya pernah berlaku dalam hidup saya. Saya cuba dan cuba untuk recall tapi tak boleh pergi jauh. Ahh… sudah… selective memory loss mungkin.

Kebanyakan post2 yang terdahulu, memang saya terus rasa macam malu nak baca dan nak mengaku yang saya yang pernah tulis seperti itu. Terutamanya apabila ianya ada berkaitan dengan nama2 yang dulunya saya pernah rapat namun tidak lagi sekarang.

Mungkin apa yang lebih membuatkan saya rasa jauh bukanlah jarak tetapi kesungguhan untuk mendekatkannya adalah tiada.

Namun walaupun tiada, saya yakin yang nama2 itu masih ada meninggalkan kesan di hati saya. Sungguh pun tak selalu tetapi ianya ada.

Saya doakan mereka telah atau akan jumpa bahagia yang dicari2. Dan jika terkadang teringat kepada saya, silalah ingat juga hutang2 yang pernah dijanji untuk dilunaskan kerana sesungguhnya saya tak akan pernah untuk menghalalkannya.

Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti, HutaPisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti, Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi di bawa mati… ng emas boleh dibayar, Hutang budi di bawa mati…

Tapi, kalau buat2 lupa tu, saya tiada komenlah… kita jumpa saja di hari perhitungan nanti….

Leave a comment